Ticker

6/recent/ticker-posts

Ice Manggo Popular Di Kota Tinggi

Assalamualaikum 

Bosannya ! apa yang menarik di Kota Tinggi nie ? kata seorang sahabat.

Apa yang menarik ye ? Ok jom aku bawa kau ke satu tempat aku dan mak aku melepak di gerai Kota Tinggi yang terkenal Ice Manggo yang sangat sedap. 

Terdapat 2 tempat  berbeza tetapi 1 lokasi yang sama iaitu di Food court Kota Tinggi berdepan dengan Pizza Hut dan Pasaraya Kini.



Ok tempat pertama No 13 di baris betul hadapan dengan dengan Pizza Hut. Kedai nie jual makanan tengah hari dan sambil-sambil tu bolehlah pekena ice manggo yang sedap dengan harga RM 4.


Seterusnya kedai kedua yang sedap juga ice manggonya dan pelbagai lagi menjual minuman seperti ice jagung, cendol , Abc dan pelbagai lagi di Cendol Otai.




Memang terbaik ice mangganya, memang kalau sekali cuba mesti nak lagi. Harga pun RM 4 sahaja.

Kedua kedai ini ada kelebihannya adalah buah yang segar dan manis. Paling penting airnya tidak terlalu manis, orang kata manis buah. Memang teruja minum !! memang kenyang !!

Jadi siapa datang ke Kota Tinggi rugilah tak rasa keenakan Ice Mangga yang terkenal ini. Jomlah.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
waalaikumussalam.
sedapnya
sitirohaida berkata…
ni akak mesti cuba...lama tak gi bandar kota tinggi acik
Farah berkata…
wah boleh cuba ni kalau singgah dekat kota tinggi. Thanks for the info
Unknown berkata…
oh mai. manggo dimakan waktu cuaca panas. memang lazad la
Nieyla Nadia berkata…
sedapnya....
tapi itulah mangga nie kalau perut tak tahan..
memang tak terdaya laa.. :)