Assalamualaikum
Bosannya ! apa yang menarik di Kota Tinggi nie ? kata seorang sahabat.
Apa yang menarik ye ? Ok jom aku bawa kau ke satu tempat aku dan mak aku melepak di gerai Kota Tinggi yang terkenal Ice Manggo yang sangat sedap.
Terdapat 2 tempat berbeza tetapi 1 lokasi yang sama iaitu di Food court Kota Tinggi berdepan dengan Pizza Hut dan Pasaraya Kini.
Ok tempat pertama No 13 di baris betul hadapan dengan dengan Pizza Hut. Kedai nie jual makanan tengah hari dan sambil-sambil tu bolehlah pekena ice manggo yang sedap dengan harga RM 4.
Seterusnya kedai kedua yang sedap juga ice manggonya dan pelbagai lagi menjual minuman seperti ice jagung, cendol , Abc dan pelbagai lagi di Cendol Otai.
Memang terbaik ice mangganya, memang kalau sekali cuba mesti nak lagi. Harga pun RM 4 sahaja.
Kedua kedai ini ada kelebihannya adalah buah yang segar dan manis. Paling penting airnya tidak terlalu manis, orang kata manis buah. Memang teruja minum !! memang kenyang !!
Kedua kedai ini ada kelebihannya adalah buah yang segar dan manis. Paling penting airnya tidak terlalu manis, orang kata manis buah. Memang teruja minum !! memang kenyang !!
Jadi siapa datang ke Kota Tinggi rugilah tak rasa keenakan Ice Mangga yang terkenal ini. Jomlah.
6 Ulasan
sedapnya
tapi itulah mangga nie kalau perut tak tahan..
memang tak terdaya laa.. :)