Ticker

6/recent/ticker-posts

Kadang-kadang kita hanya rindu pada kenangan bukan pada orangnya


Assalamualaikum

Aku tak boleh lupakan dia, dialah segalanya bagi aku, kata seorang kenalan

Kau tahu, aku lihat sebenarnya kau seorang yang kuat dan tabah cuma satu pekara kau selalu ingat kenangan kau dengan dia. Belum tentu andai dia kembali belum tentu kau boleh terima dia,kataku

dia hanya tunduk dan mendiamkan diri.


Kadangkala yang buatkan kita tak boleh nak move on adalah kerana kenangan bersama dengan dia dulu. Bertahun-tahun lamanya, tersimpan di minda separuh sedar.

Setiap kali kita terlihat makanan kegemaran dia, lagu kesukaan dia buatkan kita teringat pada dia. Air mata mengalir tanpa sedar. Buatkan hari-hari kita di hiasi dengan kesedihan dan selalu berharap keajaiban terjadi.

Tetapi kita,tetap memilih untuk terus hidup dalam kenangan. Adil kah kita ?

Kenapa acik kata begitu, kerana kita hebat mencintai dia sehingga kita sanggup buat apa sahaja. Tetapi kita sering lupa tentang cinta kita pada Allah, pada Rasullulah, cinta kita pada ibu bapa kita, pada adik beradik kita. 


Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:



"Hiduplah sesukamu maka sesungguhnya kamu akan mati. Cintailah sesuatu sesukamu maka sesungguhnya kamu akan berpisah. Berbuatlah sesukamu maka sesungguhnya kamu akan bertemu denganNya." (H.R. Hakim)

Kita lebih utamakan seseorang yang belum halal bagi kita. Acik tahu kadangkala kenangan itulah yang mampu buatkan kita bertahan, mampu buatkan kita kuat tetapi semua dengan izin Allah. 



Hati kita milik ALLAH.

Andai sedih,
Berbaliklah pada ALLAH.

Andai keliru,
Berbaliklah pada ALLAH.

Andai gembira,
Berbaliklah pada ALLAH.

Kerana apa?

Kerana, Hati kita milik ALLAH.


Kenangan itu tidak salah, kerana di situ mendidik kita untuk lebih dewasa, untuk lebih kuat, untuk muhasabah diri , untuk kita kenal diri kita dan Maha Pencipta.

Kenangan itu Allah cipta untuk kita terus hidup bersama harapan yang ada. Harapan apakah itu ? 

Harapan bahawa Allah sayang kita dan Allah ada perancangan terbaik untuk kita. Untuk menghargai mereka yang ada dengan kita. 

Andai kenangan itu baik simpanlah sebagai ingatan.
Andai kenangan itu pahit jadika  sempadan tauladan.

Akhir kata, apa jua kita lakukan berpada dan sederhanalah kerana Allah jua tempat kebergantungan kita. 

Catat Ulasan

7 Ulasan

Rozita Ceritaita berkata…
hati milik Allah.. tau tapi bila terkena susahnya nak redha..
The Putra Diverse berkata…
setuju. kenangan juga yg menguatkan sesuatu hbgn.
Nieyla Nadia berkata…
Salam jumaat acik...
Kenangan tidak salah untuk di kenangan atau di simpan..
sebab kenangan yang manis itu membuatkan kita bahagia..
berbanding dengan kenangan pahit yang akan membuat kita kecewa dan patah hati bila mengenangkannya..
Humaira berkata…
setuju..tinggkn kenangan.hiduplh utk skrng demi msa hdpn
Bonde Zaidalifah berkata…
peeeewitttt seteju dengan tajuk entri ni!!! orang tu jgn nak perasan sgt yea.. memori oh memori