Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Jodoh Kita Lambat Di Pertemukan ?



Assalamualaikum

Bila teringat kembali jadi senyum sendiri semasa pergi usrah yang lepas. Kawan-kawan acik jika bicara soal jodoh paling cepat mereka. Mata menajam memandang, kepala anguk-anguk seperti mengiakan. 

Soalan pertama kawan acik : En Kamal  , kenapa jodoh kita lambat dipertemukan ?

En Kamal : Allah akan temukan bilamana kita sudah bersedia, pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat. Kadang lambat dan kadang cepat ianya adalah ujian untuk kita. 

Kawan no 2 : tapi En Kamal salah ke kena nak cari orang yang kita suka, maksudnya bercinta dengan orang kita suka.


En Kamal : bercinta itu tak salah yang penting adalah niat kita dan pembawakan cinta itu bagaimana ? Semua orang mahu kawin dengan orang yang dia suka, kalau dapat itu adalah bonus. Kadang bercinta dekat 7 & 8 kali tetapi kali ke 9 baru jumpa seseorang yang menghiasai hidupnya.Kalau kamu cinta kerana Allah pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk kamu.

Kawan no 3 : En Kamal , saya pernah tengok lelaki atau perempuan tu baik sangat tapi dapat pasangan yang teruk,macam mana itu , macam tak adil ?

En Kamal : Pada mata kita nampak tak adil, tapi ianya mungkin ada sesuatu yang Allah ingin hamparkan pada kita. Semuanya melalui ujian dan hikmah yang akan di berikan. Boleh jadi di temukan seseorang itu yang kurang baik itu untuk kita menjadi penyebab perubahan dia. Maksudnya kita mampu mengubahnya ke arah kebaikan. Contohnya, sebelum nie dia seorang lelaki yang jarang solat, bila dapat isteri yang baik akhlaknya pada yang sama memberi nasihat dan semanngat dan akhirnya suami menjadi lebih baik. 

Kawan no 4 : Boleh ke orang macam saya ini dapat jodoh yang baik ?

En Kamal : Sudah tentu, baiki diri, muhasabah diri jadi diri kita kearahkan kebaikan , inshaAllah jodoh yang baik untuk kita. Yang paling penting berusaha dan berdoa pada Allah supaya dapat jodoh yang baik.

Acik : En Kamal risaulah bila dah kawin nanti, kalau mak rasa kecil hati sebab katanya kita lebih isteri.

En Kamal : amboi anak mak dia nie, mak kalau adalah lebih utama. Lebihkan dia tapi kena jaga isteri juga kelengkapan dia harus cukup dan jangan buat dia terasa. Buat dia faham tentang tanggungjawab anak lelaki. 

En Kamal ini adalah seorang pakar motivasi yang selalu memberi nasihat kepada kami insan yang banyak kekurangan ini. Acik ingin kongsikan sedikit ilmu kepada kamu semua. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

ManAkmaL868 berkata…
Allahu Rabbi..sangat menyentuh jiwa dengan perkongsian dan penjelasan sangat memberi motivasi pd diri.terima kasih
Nieyla Nadia berkata…
Singgah pagi...
Setiap kita telah di tentukan jodoh yg terbaik untuk kita...
Lambat atau cepat itu adalah ujian...
bila lambat,Allah mungkin nak beri kita ruang untuk baiki diri kita supaya menjadi yg lebih baik sebelum memikul tanggungjawab yg besar..:)
Suria Amanda berkata…
Jodoh depan mata..cuma menunggu masa utk disatukan...cewah...
arzmoha berkata…
Jodoh rahsia Allah
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Jodoh itu rahsia Allah..siapa kita untuk menolak takdir..