Assalamualaikum
Alhamdulilah masih berpelung menghirup nafas segar di muka bumi pinjaman dan jom berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Semalam ramai pula yang tanya bagaimana mahu hilangkan perasaan gugup mahupun gabra ketika mahu bercakap di hadapan ramai. Jadi hari ini acik nak berikan sedikit tips latihan untuk mengatasi gugup.
Sebelum perlu berucap, berbicara di khlayak ramai dan mahupun buat pembentangan pastikan buat pekara ini.Ini apa yang guru emcee acik ajar.
1. Tiup belon sampai pecah
Tiup belon sampai pecah ini mungkin beranggapan seperti aktiviti yang kanak-kanak lakukan tetapi ia sebagai pengalir penafasan kita. Caranya ambil satu belon dan tiup sebesar yang mungkin sehingga pecah. "Mindset" di dalam otak untuk pecahkan belon dalam 3 saat. Tiup dengan bersungguh-sungguh . Tujuannya adalah untuk meletakkan target kita ,jika kita dapat lakukan dengan focus dengan apa yang kita buat, maka bila di depan orang ramai kita dah ada mindset yang kita boleh lakukan.InsyaAllah akan dapat buat dengan baik sekali.
2.Latihan seolah-olah mengambil bola besar.
Latihan ini di lakukan secara berimaginasi sahaja , caranya mudah sekali depakan tangan dan anggap seolah-olah di depan ada bola yang besar dan ambil bola itu ( sambil itu kawal pernafasan tarik dan hembuskan pernafasan) dan letakkan di bawah bola tersebut. Lakukan berulang kali . Tujuannya untuk pengawalan pernafasan dan mengenturkan urat kita yang kejang bila kita gugup.
3. Berlatih bercakap di depan cermin mahupun rakan-rakan
Kebiasaanya sebelum apa jua event mahupun bercakap depan orang ramai acik akan berlatih di depan cermin untuk menyakinkan diri bahawa kita boleh buat yang terbaik secara tak langsung kita nampak muka kita di situ jadi kita akan lebih yakin. Dan boleh juga di praktikkan di hadapan kawan-kawan dan meminta mereka mengulas cara kamu bercakap.
4. Buat sedikit "research" tenang latar belakang audience ataupun topik yang ingin di bicarakan.
Sebelum mahukan apa juga pembentangan atau mahu berbicara depan ramai orang pastikan kita tahu siapa penonton kita dan sekurangnya kita kena menguasai tentang apa yang ingin di bicarakan. Seharusnya kita mencari input-input yang berguna ataupun sesuatu yang "surprise" tentang info yang kamu dapatkan.
5. Makan coklat mahupun gula getah
Cara yang berkesan yang acik gunakan bila acik gugup, sebelum perbentangan itu acik akan makan coklat , kalau tidak pun kadang bila kita gugup bibir dan mulut kita akan kering. Maka dengan itu, makan gula getah untuk menenangkan , kunyah di semua bahagian mulut . Dengan itu dapat menenangkan keadaan agar tidak memikirkan apa yang akan berlaku.
6. Seterusnya adalah berusaha dan berdoa
Ini yang selalu acik baca sebelum memulakan apa jua perbentangan dan juga ketika mahu berucap di depan orang ramai.
Baca Fatihah, Ayat kursi dan seterusnya
la haula wala quwata illa billahil aliyil azim....
tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Tuhan
tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Tuhan
Dan semasa mahu berucap bacalah ini
8 Ulasan