Ticker

6/recent/ticker-posts

Teknik Paling Berkesan Mengurangkan Dan Mengatasi Gugup Untuk Berucap Di Depan Ramai Orang


emcee aku penghibur

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih berpelung menghirup nafas segar di muka bumi pinjaman dan jom berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Semalam ramai pula yang tanya bagaimana mahu hilangkan perasaan gugup mahupun gabra ketika mahu bercakap di hadapan ramai. Jadi hari ini acik nak berikan sedikit tips latihan untuk mengatasi gugup.

Sebelum perlu berucap, berbicara di khlayak ramai dan mahupun buat pembentangan pastikan buat pekara ini.Ini apa yang guru emcee acik ajar. 

tiup belon


1. Tiup belon sampai pecah 

Tiup belon sampai pecah ini mungkin beranggapan seperti aktiviti yang kanak-kanak lakukan tetapi ia sebagai pengalir penafasan kita. Caranya ambil satu belon dan tiup sebesar yang mungkin sehingga pecah. "Mindset" di dalam otak untuk pecahkan belon dalam 3 saat. Tiup dengan bersungguh-sungguh . Tujuannya adalah untuk meletakkan target kita ,jika kita dapat lakukan dengan focus dengan apa yang kita buat, maka bila di depan orang ramai kita dah ada mindset yang kita boleh lakukan.InsyaAllah akan dapat buat dengan baik sekali.

2.Latihan seolah-olah mengambil bola besar.

Latihan ini di lakukan secara berimaginasi sahaja , caranya mudah sekali depakan tangan dan anggap seolah-olah di depan ada bola yang besar dan ambil bola itu ( sambil itu kawal pernafasan tarik dan hembuskan pernafasan) dan letakkan di bawah bola tersebut. Lakukan berulang kali . Tujuannya untuk pengawalan pernafasan dan mengenturkan urat kita yang kejang bila kita gugup.

berlatih depan cermin

3. Berlatih bercakap di depan cermin mahupun rakan-rakan

Kebiasaanya sebelum apa jua event mahupun bercakap depan orang ramai acik akan berlatih di depan cermin untuk menyakinkan diri bahawa kita boleh buat yang terbaik secara tak langsung kita nampak muka kita di situ jadi kita akan lebih yakin. Dan boleh juga di praktikkan di hadapan kawan-kawan dan meminta mereka mengulas cara kamu bercakap.


4. Buat sedikit "research" tenang latar belakang audience ataupun topik yang ingin di bicarakan.

Sebelum mahukan apa juga pembentangan atau mahu berbicara depan ramai orang pastikan kita tahu siapa penonton kita  dan sekurangnya kita kena menguasai tentang apa yang ingin di bicarakan. Seharusnya kita mencari input-input yang berguna ataupun sesuatu yang "surprise" tentang info yang kamu dapatkan.

5. Makan coklat mahupun gula getah

Cara yang berkesan yang acik gunakan bila acik gugup, sebelum perbentangan itu acik akan makan coklat , kalau tidak pun kadang bila kita gugup bibir dan mulut kita akan kering. Maka dengan itu, makan gula getah untuk menenangkan , kunyah di semua bahagian mulut . Dengan itu dapat menenangkan keadaan agar tidak memikirkan apa yang akan berlaku.

6.  Seterusnya adalah berusaha dan berdoa 

Ini yang selalu acik baca sebelum memulakan apa jua perbentangan dan juga ketika mahu berucap di depan orang ramai.

 Baca Fatihah, Ayat kursi dan seterusnya 

la haula wala quwata illa billahil aliyil azim....
tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Tuhan

Dan semasa mahu berucap bacalah ini

Robbisrohli Sodri wayassirli amri wahlul ‘uqdatanmillisani yafqohu qouli ( Ya Allah lapangkan lah dada ku dan mudahkanlah urusan ku dan lancarkanah lidah ku agar mereka memahami perkataan ku)

Oklah akhirnya acik pecahkan rahsia apa yang acik lakukan untuk atasi gugup. InsyaAllah ini hanya cara sahaja selebihnya usaha kamu yang perlu lakukan . Acik doakan semoga semuanya sukses ye .


  

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
good sharing... lagi satu kawal audience
Suria Amanda berkata…
Goid sharing acik..teringat masa aktif jadi pengacara event dulu..kalau gugup biasanya akak akan pegang pen..sepanjang masa sampai habis event akak akan pegang pen tu sebab dari situ akak alirkan perasaan neves tu agar x nampak sangat..so trademark akak dulu..pegang pen semasa mengacara event...
Nadia Johari berkata…
Tak pernah jadi emcee pun..memg gugup jugakla
umminani berkata…
kata ustaz don , sebelum bicara elok ada wuduk
Noor Maizan berkata…
tips yang bagus, boleh digunapakai masa presentation juga...
wow. good tips. tq sharing
usryabdullah berkata…
Terima kasih atas tips ini. Walaupun selalu bercakap, kadang-kadang ada juga pada satu tahap, kita terasa gugup, terutamanya bila ada audience yang bertanyakan soalan nakal atau soalan menjerat.
Cik karmila berkata…
baru kelmarin ada presentation...fuhh dah lama tak bercakap atas penting lagi2 guna mic..alhamdulillah everything is going well..nervous tu memang perkara biasa..huhu