Assalamualaikum
Salah satu dari berjuta kebahgiaan di dunia ini adalah bersama adik beradik. Membesar bersama, susah senang bersama dan saling melengkapi.
Kamu tahu bertapa istimewanya keakraban adik beradik. Teringat pula zaman sekolah, kami hidup sederhana. Ada satu je tie untuk ke sekolah, nak beli takde duit. Acik sekolah di waktu petang, abang waktu pagi. Setiap hari tunggu di depan sekolah untuk dapatkan tie. Tapi sebabkan peristiwa begini buatkan kami lebih akrab.
Ketika kamu melalui waktu susah, merekalah yang setia menemani dan membantu. Merekalah penasihat yang sangat berguna untuk menitipkan kekuatan.
Andai ada terasa hati, marah dan kecewa dengan sikap mereka. Cubalah ingat kembali waktu-waktu mereka membantu kita. Bergaduh itu biasa untuk kita lebih mengenali dan pereratkan kasih sayang. Buang ego, buang dendam kerana mereka darah daging kita.
Kak long antara orang yang banyak membantu sewaktu belajar dulu. Nasihat dia, bantu dari segi moral mahupun keperluan.Begitu juga kak ngah dan abang acik. Di samping bersama anak-anak mereka buatkan kita rasa lebih bahagia.
Selisih faham itu sering terjadi, namun memburukkan mereka jangan sekali kerana orang luar suka tengok kita bergaduh. Terasa hati sikit maafkanlah,jangan lama-lama sampai bertahun-tahun tak tegur sapa.
Acik menaip ini untuk mengingatkan diri acik.Masa raya kalau seorang tak ada rasa tak seronok, tak lengkap. Rasa kehilangan.
Semoga Allah jaga hubungan kami adik beradik. Semoga Allah pelihara kami, panjangkan umur dan di murahkan rezeki.
6 Ulasan
Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com.(^^,)
Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed
setiap seorang ada perangai masing²..
tapi bila masuk soal family..kami bersatu :)