Assalamualaikum
Setiap manusia mengimpikan pasangan yang terbaik untuk mereka. Mencari yang sedap mata memandang dan melengkapi kekurangan kita yang ada.
Dalam mencari biarlah mengutamakan agamanya. Kerana jika dia jaga agamanya pasti yang lain juga dia jaga. InshaAllah.
Tapi sering terjadi kita selalu minta lebih dari apa yang kita miliki. Ingin yang hebat, cantik dan menawan seperti bidadari. Tetapi pembawakan kita tidak membina kesedian untuk si bidadari.
Aku bukan seperti Saidina Ali r.a yang mempunyai akhlak yang cukup indah.Yang boleh menawan hati baginda Rasul.Yang menjadi suami kepada Fatimah Az-Zahra.Menjadi bapa kepada keturunan baginda yang mulia.
Aku juga bukan seperti Luqman Al-Hakim,Yang mampu memberi didikan pada anak-anaknya.Sehinggakan namanya tercoret dalam salah satu lembaran cinta kita.114 lembaran cinta ada tercoret satu nama,Surah Luqman.
Aku juga bukan seperti Sultan Iskandar Zulkarnain yang agung yang menawan dua bahagian,Yang menyatukan dua lembayung di bawah satu pemerintahan,
Yang menyatukan dua daerah hati timur dan barat.Ke dalam satu daerah cinta.Yang di kisahkan oleh pemikir dan ilmuwan Islam.Yang di kaitkan dengan pemerintahan zaman lama.
Tetapi aku tetap aku yang sedang baiki diri. Mencari jalan redhaMu. Ya Rab Temukan aku dengan seseorang selayaknya untukku.
Hingga aku dapat bersama hingga jannah firdausimu ya rab.InshaAllah ada yang terbaik untuk kita.
Dari Anas ra. ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Allah Ta’ala berfirman: ‘Hai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku ampuni dosa yang telah kamu perbuat, dan Aku tidak peduli berapapun banyaknya. Hai anak Adam, andaikan dosa-dosamu bagaikan awan di langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, pasti Aku mengampunimu. Hai anak Adam, sesungguhnya andaikan kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa seisi bumi, kemudian kamu menghadap Aku sedangkan kamu tidak menyekutukan Aku, maka Aku akan mengampuni dosa yang seisi bumi banyaknya itu.” (HR Tirmidzi)
5 Ulasan
ada tu tgh tggu kat depan...
allah bagi yang baik2 utk yg terbaik
semoga acik dikurniakan wanita yang baik agamanya,keturunannya dan baik budi perketinya..Amin..