Ada tika dia berdoa, berhari-hari. Tetapi ada masanya doa kita tak di makbulkan. Hati kita rasa hiba dan gundah gelana.
Mengapa Allah tak makbulkan doaku ?
Kadangkala Allah tangguhkan doa kita untuk memberikan kita yang lebih baik dari apa yang kita minta dan ianya satu keperluan untuk kita.
Kita juga perincikan kenapa doa kita di tolak ?
Setiap doa yang dipanjatkan oleh setiap manusia akan senantiasa dikabulkan tetapi waktunya tidak dapat diramalkan kerana semua itu merupakan kehendak Allah dan ada beberapa hal yang dapat mengakibatkan doa ditolak. Apa saja hal yang dapat menyebabkan doa ditolak?
Dalam sebuah hadits Nabi telah dijelaskan bahawa ada seorang musafir yang berdoa kepada Allah tetapi doanya tidak terkabul, padahal musafir tersebut memiliki 4 keutamaan iaitu sedang berpuasa, musafir, keadaan terdzalimi, dan sedang mengangkat kedua tangannya untuk berdoa kepada Allah SWT.
Ternyata meskipun musafir tersebut memiliki 4 keutamaan tetapi doa-doa yang dipanjatkannya tetap ditolak. Apa saja sebab doa ditolak oleh Allah? Rasulullah telah menjelaskan bahawa sebab ditolaknya doa musafir itu walaupun dia memiliki 4 keutamaan sekaligus adalah makanan yang dimakannya tidak halal dan pakaian yang dipakainya juga haram. Allah SWT hanya akan menerima hal yang suci dan baik sehingga setiap doa yang dipanjatkan oleh setiap hambanya yang tidak suci baik dari segi makanan maupun pakaian yang dipakainya maka akan ditolak meskipun seorang hamba itu memiliki banyak keutamaan.
Cerita dalam hadits ini merupakan cerminan bagi setiap umat Islam untuk selalu menjaga makanan dan harta benda dari hal-hal yang tidak halal. Islam telah menjelaskan bagaimana makanan dan harta yang halal mulai dari wujudnya hingga cara memperolehnya. Saat ini sangat sulit untuk memilih barang yang halal dan mana yang haram kerana banyak sekali barang yang memiliki potensi tinggi mengandung barang haram sehingga jika digunakan akan menyebabkan doa-doa kita ditolak. Bahkan walaupun terdapat label halal tetapi juga masih berpeluang untuk mengandung hal haram seperti campurannya yang mengandung barang haram atau prosesnya yang salah, sehingga sebagai umat Islam kita harus lebih berhati-hati lagi dalam memilih barang saat ini. Inilah yang menyebabkan kenapa doa kita ditolak.
Begitu juga memakai barangan kosmetik, minuman dan sebagainya. Pastikan ianya adalah dari yang halal. Di Malaysia kita adanya JAKIM. Pastinya ala logo halal.
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168)
Jauhi makanan Syubhah
Tahu tak makanan syubhah tu apa ? Baiklah, maksud makanan tu kita semua sedia maklum ianya keperluan kita dalam kehidupan seharian untuk terus hidup. Namun, apa pula maksud syubhah. Syubhah tu maksudnya 'tidak jelas sama ada ianya halal atau haram'.
Disenangkan cerita, makanan syubhah tu adalah makanan yang kita rasa ragu-ragu terhadapnya. Kita tak tahu makanan tu halal ke, atau pun haram. Kalau makanan itu halal, kita tahu ianya halal, jadi tiada masalah untuk memakannya. Begitu juga dengan makanan yang haram. Kalau makanan itu haram, kita tahu ianya haram, jadi kita pastinya akan mengelak dari mengambil atau memakan makanan tersebut. Namun, jika kita tak pasti halal haramnya makanan tu (makanan syubhah), sebaiknya kita tinggalkan saja makanan tersebut. Jauhi makanan tersebut. Ye la, kita sendiri tak tahu halal ke haram makanan tu.
Terdapat juga hadis mengenai halal haram makanan dan juga syubhah,
“ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."(Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)
4 Ulasan