Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita Bertemu Bukan Sebab Kebetulan, Tapi Allah Dah Rancang


Assalamualaikum

Hati jangan biar terluka, merana , menderita kerana sebuah perasaan. Perasaan yang buatkan kau hilang pertimbangan dan kewarasan. 


Jangan kerana soal hati sanggup kau biarkan campakkan tuhanmu ketepi. Sanggup gadaikan zikir dan alunan ayat suci demi melunakkan kata manismu.

Kau tahu semakin kau jauh dengan Allah, semakin itu kau akan buntu ketemui jalannya. Kerana dialah pemberi cinta itu, dialah pentadbir hati manusia. Allah jualah yang mentakdirkan soal rezeki, jodoh dan ajal.Kita bertemu disini, bila kamu baca entri ini bukan kebetulan. Tapi Allah dah rancang.

Kenapa menjauh?

Demi seseorang yang belum tentu milikmu. Belum tentu mampu setia selamanya, belum tentu buat kau bahagia. 

Pilihan di tanganmu !

Pertama sekali fikirkan tentang dirimu, bahagiakan dirimu. Dekatkan dirimu dengan tuhanmu.

Masih ragu ?

Yakini hatimu pada Allah, bilamana masanya telah tiba, keadaan dirimu telah di persiapi akan ada cara untuk kamu ketemui jodohmu. Cepat atau lambat ianya tetap rahsia Allah.

Walau seorang di Afrika seorang di Malaysia. Bilamana "kun faya kun" tiada yang mustahil berlaku.

Soalnya sebesar mana diri percaya pada tuhanmu ?

Catat Ulasan

4 Ulasan

arzmoha berkata…
setuju...cuma bila achik katakan jika seorang di afrika seorang di malaysia...menuunggu bukan sesuatu yang mudah....

tapi kalau dah jodoh tak kemana
Mazni Azmi berkata…
Semua terjadi atas ketentuan ilahi. Jodoh dan pertemuan. Atas usaha kita juga.
Nieyla Nadia berkata…
Dekatkan diri dengan Allah..akan lahir perasaan Yakin pada Allah..
InsyaÁllah kepercayaan itu akan ada dalam diri kita..
Maka setiap yang terjadi kita akan menghadapi dengan tenang..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Sama2 kita dekatkan diri pada yang maha pencipta..Hanya DIA yang mengetahui apa yg bakal berlaku dan terjadi...Jodoh ajal.maut hanya Allah yang tahu...