Assalamualaikum
Kadang sebulan sekali, kadang 3 bulan sekali mak kena pergi klinik untuk buat rawatan. Siapa tak bimbang kesihatan ibu kita.
Penyakit orang tua, biasalah diabetis, kolestrol yang tinggi dan pelbagai lagi. Saranan doktor sendiri lebih selamat sebenarnya untuk menggunakan bahan semulajadi.
Sebagaimana kita tahu peria katak dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan dapat mengawal glukosa pesakit kencing manis
Di sarankan pada mak adalah jus epal dan peria katak. Haha bila dah buat secara rasminya acik juga tak terlepas di paksa minum. Walau pahit rasanya tetapi bagus sekali. Caranya mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 biji peria katak (buang biji tengah)
- 1 biji epal hijau
- 4 cawan air kosong
Cara-caranya:
- potong peria
- potong epal dan buang bijinya
- blend sehingga hancur
- tapis dahulu sebelum minum
Senang je kan ?
Ada orang dia campurkan bersama pengaga. Terpulanglah ikut selera.
Nak sedap, letak epal hijau. Pahit itu rupanya bagus untuk kita. Walaupun kadang pahit harus di telan juga.
5 Ulasan
mencegah sebelum merawat
elok sgt diamalkan tu..