Ticker

6/recent/ticker-posts

Semua Orang Berhak Mendapat Peluang Kedua


Assalamualaikum

Aku manusia , tak lari dari buat salah.Ada ketika pada aku, ianya biasa tetapi rupanya ada hati yang terluka, ada hati yang terasa dan ada hati merasa puas demi kepentingan diri.


Kita tak lari dari buat khilaf, kadang berkali-kali. Ketika iman memuncak, segala janji di tuturkan. Ketika kita merasa selesa, berkali-kali janji kita mungkari.

Egonya kita, lagi-lagi soal cinta. Berjanji sumpah setia ketika bahagia. Akhirnya kita khianati, ada yang setia tetapi kita curang, ada yang beri bahagia berkali-kai kita sakiti dia tanpa belas ehsan. Ada yang percaya tetapi berkali juga kita hancurkan kepercayaan.

Begitu juga kita dengan Allah.

Berkali kita ingin taubat, berkali juga kita lakukan kesalahan. Tetapi maha pengasih dan penyayangnya Allah dia tetapi mengampunkan semua kesalahan kita.

Masihkan ada peluang untuk kita ?

Semua orang berhak mendapat peluang kedua. 

Yang bercinta ianya mungkin teguran dari Allah untuk kita. Agar kita mencari cinta keranaNya demi cinta yang belum pasti.Kita baiki diri , jaga ihtilat dan sebagaimana. Betulkan kesilapan kita.

Ada ketika 2 sahabat bergaduh dan salah faham, seharusnya dia juga di berikan peluang untuk betulkan balik persahabatan tersebut.

Ada yang ahli keluarga bergaduh, mereka juga perlu di berikan peluang. Peluang untuk baiki mana kurang dan betulkan salah faham. Agar hubungan terjalin berasatu kembali.

Perlu juga di beri peluang kepada anak dan ibu bapa yang bergaduh kerana sebab tertentu.Buang ego dah perbaiki hubungan.


Ada juga perlu di beri peluang lagi-lagi bagi pasangan yang baru kahwin, mungkin saling tidak memahami, jadi akan berselisih faham atau bertengkar. Ikatan perkahwinan memang banyak dugaan. Jangan besarkan perkara yang kecil. Mungkin dengan bertolak ansur dan berterus terang, pergaduhan boleh dielakkan.


Selalulah bersabar dan cari ilmu agama banyak-banyak untuk dipraktikkan setiap hari agar rumahtangga bahagia. Contohnya solat berjemaah sentiasa, amalkan sunah Nabi, atau baca hadis-hadis Nabi.

Allah juga beri kita peluang ? 

Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Paling penting muhasabah diri dan lakukan solat taubat.Taubat yang terbaik adalah taubat nasuha.Berjanji tidak akan mengulangi lagi.Pelajari dari kesilapan yang lepas.

Jangan khianati peluang yang ada, belum tentu ada peluang 3 dan 4. 

Catat Ulasan

7 Ulasan

Ain Athirah berkata…
Peluang kedua yang selalu dipersiakan pulak mcm mana? :(
moga peluang kedua digunakan sebaiknya.
Khir Khalid berkata…
Semua berhak diberi peluang kedua asalkan ia tidak dipersiakan.. bila org dah kecewa mmg susah. Memaafkan mungkin tp melupakan adakala sukar...
Nory Zoulkefle berkata…
kadang2 peluang kedua lebih terbaik kan..bergantung pada situasi dan keadaan lah..hehe
gunardi berkata…
Memang smua orang berhak mendapatkan peluang kedua, tetapi harus mendapatkan hukuman dulu, setelah itu dia akan mendapatkan peluang ke dua ...salam
Tangki Fiberglass
Unknown berkata…
Dah bagi peluang kedua, ketiga tapi apa yg dpt sakit jer..
Unknown berkata…
Dah bagi peluang kedua, ketiga tapi apa yg dpt sakit jer..