Assalamualaikum
Ketika usia remaja, cintalah yang di kejar tanpa lelah. Semakin di kejar semakin dia menjauh. Di uji dengan soal hati. Umur masih muda, tetapi hati sudah tua terluka dari pelbagai sudut.
Aku bimbang jika aku terus kejar cinta dari seorang kekasih aku terus hanyut di bawa perasaan. Biarlah aku berhenti di sini dan menunggumu.
Mungkin padamu menunggu itu satu penyeksaan. Tetapi sedarilah kesabaran itu perlu.
Aku berhenti disini, untuk baiki diriku. Mencari cinta tuhanku,
berbakti pada ibuku
Jodoh itu cerminan diriku, andai mahu yang baik, aku harus jadi baik. Andai suatu hari nanti di uji bertemu yang kurang baik.Agar aku dapat kuatkan hati dan yakinkan hati untuk selalu dengan Allah.
Begitu juga dirimu, jodoh kita telah Allah takdirkan. Andai bukan denganku, pastinya seseorang lebih baik untukmu.
Bersabarlah,
Berdoalah
Serta berusahalah untuk jadikan diri kita terbaik untuk seseorang miliki.
InshaAllah andai takdir kita pasti bersatu.
4 Ulasan