Ticker

6/recent/ticker-posts

Diam Wanita Itu Lebih Bahaya Dari Bebelannya


Assalamualaikum

Begitu bertuah kepada mereka yang mempunyai ibu, kakak dan isteri. Kerana wanita memainkan peranan penting dalam kehidupan lelaki. Sebagai pendorong dan pemberi semangat kepada lelaki.


Sedangkan adam sunyi tanpa hawa.

Walaupun kami sudah dewasa, mak tanpa jemu menasihati dan mengingatkan kami dalam pelbagai pekara.Kalau tak membebel itu tak sah. 

Tetapi bila di fikirkan itu ada betulnya. Tahan jelah. Sebab dia sayang kita sebab itu dia ingatkan kita.Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah kamu bahawa Khalifah Umar Al- Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya.

Kata Khalifah Ummar, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya.Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak- anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.” 

Begitu hebat keperibadian insan mulia di sisi Allah. Jadi kita ambillah iktibar.Tetapi apabila wanita itu memilih untuk diam.

Di zaman moden ini perlu di ambil peduli, kerana diam mereka sangat mendalam maksudnya. Diamnya bermakna hati tersakiti.

Diamnya rasa kecewa mendalam, diamnya kerana tawar hati. Ianya mengambil masa untuk kembali seperti dulu.

Jadi kita sebagai lelaki kena dan jika mereka membebel kita ambil langkah bijak bukan melawan , biarkanlah tak lama pun. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

Adam berkata…
Diam tu maksudnya apa?
Tak bergerak ke?
Akupenghibur.com berkata…
diam itu maksudnya tak berkata2..