Asssalamualaikum
Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan, dia berikan ketahabahan hati untuk lalui segalanya.Hari ini acik ingin bincangkan satu pekara yang mungkin akan mengundang perlbagai tanggapan sama ada yang bersetuju dan tidak tentang hal ini.
Dewasa ini , lambakan drama cinta mahupun filem cinta menjadi menghiasi di kaca-kaca televisyen dan di pangung wayang yang menjadi fenomena turun temurun sejak dulu lagi.Begitu juga penulisan novel cinta yang tak pernah surut sama ada melalui buku ataupun melalui secara talian. Ianya memberikan kesan positif dalam produksi mahupun penulisan serta kepada pembaca.
Tetapi apabila remaja kita terlalu taksud dan teremosi mempengaruhi cerita cinta dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, Semanis Honey , Suri Hati Mr Pilot,cerita sebenarnya saya isteri dia, setia hingga hujung nyawa, novel syahadah cinta dan sebagainya. Di dalam drama dan filem mereka melakonkan mengikut skrip dan membawa watak itu sebaik mungkin seperti di arahkan pengarah. Berlatarkan hidup yang mewah , kaya, berkahwin kehendak keluarga dan banyak lagi. Begitu juga novel yang di olah oleh penulis agar pembaca di bawa masuk ke dalam perceritaan seperti mereka jalani cerita tersebut, jika baik maka baik, jika buruk maka ianya memberi kesan keburukan.
Impaknya pada acik memang positif tetapi ada sesetengah remaja kita tidak dapat membezakan cerita cinta dalam lakonan dengan cerita cinta dunia nyata. Di dalam drama ,filem barat mahupun novel cinta,cinta mereka sangat agung,walaupun terpisah tetap bersama, kawin muda dan lama-lama jatuh cinta sebagainya. Ramai yang ingin mengikuti jejak seperti itu, kawin muda jalani untuk mendapatkan cinta sejati, gaduh-gaduh sayang dan akhirnya jatuh cinta.Balik-balik jalan ceritanya lebih kurang. Bila minda ini sudah dari awal lagi disogokkan dengan perkara yang negatif, remaja mula lupa diri. Seolah-olah bila bercinta mesti bersentuhan bagi menunjukkan nilai cinta kepada pasangan.
Sehinggakan remaja kita mengharapkan dunia nyata itu seindah lakonan yang di paparkan. Segala yang di tayang itu di jadikan sebagai rujukan dalam percintaaan di dunia. Terkejut juga apabila dapat tahu kes bunuh diri sebabkan cinta semakin meningkat, kes perceraian kawin muda, kes rogol dan sebagainya berkaitan remaja semakin meningkat saban tahun.
Di Malaysia pula, dalam tempoh sepuluh tahun, antara 10 hingga 13 orang daripada 100,000 penduduknya dianggarkan membunuh diri.Namun, kadar itu dikatakan kurang tepat dan dianggarkan lebih banyak kerana hasil kajian di beberapa kawasan menunjukkan, ada kes bunuh diri di negara ini yang dikategorikan sebagai kematian yang tidak diketahui puncanya.Satu perkara mengejut dan membimbangkan adalah apabila remaja berusia 16 hingga 19 tahun menjadi golongan paling tinggi dalam masyarakat yang mempunyai idea membunuh diri.
Apabila di soal siasat ada mereka mengakui bahawa mereka selalu mengimpikan seperti cinta yang di paparkan di kaca televisyen itu menjadi realiti tapi sayangnya apa yang di harapkan tidak menjadi nyata dan mereka sangat kecewa ,tertekan dan sehingga melakukan pekara di luar jangkaan.
Wahai remajaku sekalian, cinta yang di paparkan ataupun yang di lakonkan itu tidak sama seperti dunia nyata. Ianya arahan dan jalan cintanya telah di tetapkan oleh pengarah sama ada pengakhirannya bahagia atau derita. Hidup kita juga telah di tetapkan oleh Alllah dari rezeki, soal jodoh ,ajal dan maut. Jadi jalaninya dengan penuh sabar dan menjalani secara realiti bukan fantasi.
Nak salahkan lambakan cerita cinta ? tentulah tidak boleh sepenuhnya kerana ianya permintaan dari penonton dan pembaca. Seperti di blog acik juga setiap hari akan di tanya tentang cinta dan di minta untuk mengulas soal cinta. Pokok pangkalnya adalah diri kita ., tepuk dada tanya iman. Hidup kita di berikan pilihan dan pilih yang terbaik. Jadikan agama itu teras kehidupan kita. Selalu berdoa kepadanya agar di pertemukan cinta yang sejati dan mencintai diri kita sebagaimana mencintainya. Bersungguh-sungguh mencari cinta sementara yang penuh risiko dan derita, lupa mencari cinta yang kekal abadi dan hakiki. Menurut cerdik pandai, kalau nak kenal sejauh mana Allah cinta kita, boleh tanya diri kita sendiri, sejauh mana kita dahulu mencintai Allah.
Ketika Allah mencintai seorang, Allah akan memberikan kekuatan kepadanya untuk menjadi hamba yang soleh. Allah mudahkan mereka untuk melakukan kebaikan.
Maka, perjuangan menjadi lebih soleh adalah langkah mendapatkan sepenuh cinta daripada Allah. Dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi
Maka, perjuangan menjadi lebih soleh adalah langkah mendapatkan sepenuh cinta daripada Allah. Dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi
8 Ulasan
theathra.blogspot.my
kita hanya merancang dan menulis skrip je,
penghjg cerita nak sedapkan hati kita...kan