Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketika Aku Tak Ada Apa-Apa, Dialah Orang Yang Paling Setia Bersamaku


Assalamualaikum

Khamis lepas acik dapat berjumpa dengan beberapa orang kenalan. Seronok bila dapat berjumpa dan berbual bersama dan paling penting seorang dari kami berlima akan berkahwin tak lama lagi.

Jadi berkumpul dan beri jemputan kawin.

Luqman : Ziz , aku nak tanya tapi kau jangan marah eh.

Aziz : Apa dia man ?


Luqman : Macam mana kau boleh terpikat dengan dia, yelah kau businessman , bergaya.Tapi !!

Rayyan : (menyebuk) Tapi dapat bakal isteri "sehat" itu maksud kau man ?

Luqman : ahh itu maksud aku !!

Aku lihat aziz hanya tersenyum dengan tenang dia jawab.

Aziz : Jangan kau tengok apa yang aku ada sekarang. Tapi tengoklah aku aku yang 5 tahun lepas.Ketika aku tak ada apa-apa. Dialah orang yang paling setia bersamaku dan selalu bagi sokongan. 

Yelah nak mula business bukan senang , kami sama-sama naikkan business sekarang. Dia jadi orang kuat kejayaan aku. Takkan aku dah senang aku nak tinggalkan dia ?

Ada apa pada kecantikan jika hanya ada pada kau ketika kau ada segalanya. Apa gunanya ada ketika ada duit berkebuk, masa kau susah semua lari tinggalkan kau.Aku sayang dia kerana Allah maka aku terima dia seadanya. Kalau dapat yang cantik itu bonus, jika tidak baik akhlaknya pun cukup bagiku.

Luqman : Aziz jangan kau amik hati, aku sekadar bertanya, inilah baru kawan aku. Buat Pilihan yang betul.

Aku mampu tersenyum tengok kerenah kawan-kawanku. Inilah realiti kehidupan bukan seperti apa yang di papar di televisyen.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Tak ramai yang sanggup buat keputusan macam kawan. Ramai yang macam kacang lupakan kulit.
.
Alhamdulillah sebab kawan tuan pandang cantik dalaman
Nieyla Nadia berkata…
Hakikat yg boleh di terima adalah tidak semua orang berfikiran seperti itu..
Alhamdulillah kalau kawan² di sekeliling kita mempunyai sifat dan fikiran seperti itu kan...
realitinya manusia skrg, lebih memilih kecantikan luaran drpd keikhlasan dan kebaikan..
Unknown berkata…
Even though the actual materials replica watches sale because book as well as edgy since it had been just a few years back, the actual grains as well as textures rolex replica sale dietary fiber supplies can make tend to be numerous as well as possibly fascinating. Right here, the actual hublot replica watches designs tend to be wavy or even over cast, having a moderate, upside down marble-like look. The actual racing-red tag heuer replica uk of the highlight over that's anodized light weight aluminum. The actual rado replica overhead is actually titanium, because may be the caseback exactly where a lot of rolex replica sale as well as supplies tend to be detailed away, that we such as, combined with the roaring gorilla encounter logo design. They are fake hublot which could maintain pounds lower, right here amassing 110g that is not extremely gentle, however is actually very good for that dimension.