Assalamualaikum
Semasa di politenik dahulu, seseorang berkata denganku.
"Aku sanggup hilang segala demi dia ! aku sayang dia lebih dari nyawa aku ", kata seorang kenalan.
Bila dengar cepat -cepat aku minta dia mengucap dan berkata.
Ingat Allah, kita,manusia hanyalah perancang. Allah juga pelaksana yang maha adil.sahut ku.
Jangan risau acik, aku akan pastikan kami akan bersama, kami ada chemistary dan persamaan , pasti aku bersama ! kata kenalan.
Masa berlalu, usia bertambah dan waktu di usung angan-angan. Tadi di takdirkan aku bertemu dengan kenalanku yang berbicara denganku.
Dia cuba mengelak untuk bertemu, Menjauhkan diri.
Maafkan aku ya Allah !
Maafkan aku ya Allah!
Jeritan dia,
aku cuba tenangkan diri. Akhirnya dia berani bercerita dengan aku.
" Acik, aku menyesal angkuh dengan Allah, aku malu, hidup aku hancur !. Benar kata kau acik, jodoh itu memang rahsia Allah. Dia meninggal sewaktu seminggu kami akan akad nikah. Pzas aku rancang, aku jaga. Satu persatu hilang dalam hidup aku acik. Aku tak ada sesiapa !!, kata kenalanku.
Air mata berjurai-jurai buatkan aku hiba.
Sabarlah Allah sayang kau, sehingga kini Allah masih sayang kau. Kau masih dapat bernafas ! kau masih ada mak ! hargailah. Allah itu maha pengampun. Jangan kau jauhi hidup darinya.
Jangan kau salahkan diri kau apa yang terjadi, semua takdir. Paling penting kau sentiasa bermuhasabah diri. Jangan jauh dariNya. Cinta yang sebenar adalah cinta kerana Allah.
Di takdirkan, di hamparkan kasih sayang melalui ujian dan cubaan untuk kita. Yakinkan hati tu !
Terdiam dia, alhamdulilah dapat tenangkan dia. Apapun jua melanda jangan jauh dariNya.
4 Ulasan
boleh jadi kita sukakan sesuatu tetapi ia tidak baik untuk diri kita