Assalamualaikum
Lama rasanya tidak review blogger dan hari ini acik sangat berbesar hati dapat review seorang blogger yang acik hormati iaitu mommy irra pemilik www.irrayyan.com.
Pemilik blog adalah seorang ibu dan mempunyai 3 orang anak-anak yang comel. Suri hati Mr Programmer ini telah mencipta blog sejak dari 8/5/2014.
Menurut mommy irra bagaimana mommy boleh jadi blogger?
Yang memberi ilham adalah Amrina Meena.Mommy ingat lagi. "Daripada ko share dekat facebook, baik ko buat blog."
Lepas beberapa ketika, mommy buat blog atas bantuan suami terchenta, Editor irrayyan.com
Apakah kelebihan www.irrayyan.com ?
1. Template blog yang sedap mata memandang.
Sebagai pembaca acik sangat suka blog yang ringan, cantik dan mesra pembaca. Bila kamu datang kr blog mommy irra kamu akan di hidangkan dengan gambar-gambar yang menarik, bila klik membaca entri di blog laju je,tidaklah loading dan banyak iklan. Warna yang di gunakan sesuai dengan perwatakan pemiliknya yang tenang.
2. Penulisan yang bersahaja dan berkesan
Setiap blogger ada cara penulisannya, tetapi mommy irra menulis berdasarkan kisahnya dan pengalamannya.Penulisan yang mudah di fahami dan kita dapat input apa yang di sampaikan dalam setiap entri. Rasa tak jemu membaca lagi-lagi cerita tentang 3 A.
3. Ilmu keibubapaan.
Walapun acik belum kawin, tetapi acik suka membaca tips yang di beri soal penjagaan anak-anak. Pengalaman tentang anaknya ekzema , pantang larang demam campak dan pelbagai lagi. Berdasarkan pengalaman tersebut kita dapat maklumat berguna untuk anak-anaknya.
Jika di tanya pada acik, entri terbaik di blog mommy irra adalah.
Ekzema bukan penyakit membawa maut, tapi ia mimpi ngeri! Ekzema akan mengganggu aktiviti harian anda secara total!
Entri info terbaik adalah Pengamal Pemakanan Holistik (klik sini untuk baca )
Sekarang ni kan kalau sakit je sah sah orang jauh atau dekat, malah mak abah sendiri akan tanya "Dah jumpa doktor?"
Serasa aku dah terangkan banyak kali pasal rawatan pemakanan holistik. Namun masih tidak difahami. Maka aku mengikut langkah daddyG, "iye kan aje".
Kaedah rawatan pemakanan holistik merangkumi pemakanan dan gaya hidup seharian.
kisah yang mencuit hati kisah anak-anaknya di Dua Beradik Terkunci Dalam Rumah(klik di sini untuk baca)
Tempat kejadian dan gambar dalam Harian Metro adalah daripada kejadian semalam. Siapa dua beradik terkunci dalam rumah tu? Nak tahu cerita sebenar, boleh baca sampai habis.
Untuk pengetahuan kamu semua mommy irra adalah pengasas AFB Network. Apa pula AFB itu ?
Teruskan membaca di
Lahirnya AFB Network
Secara personal blog www.irrayyan.com mempunyai pembaca dan pengikutnya sendiri. Di harapkan dapat di teruskan berkarya lagi entri bermanfaat, pasti ramai ternanti-nantikan.
9 Ulasan