Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila kita dah kawin, jangan pula kita perlekehkan orang lain



Assalamualaikum

Hujung minggu merupakan saat paling ramai sahabat-sahabatku mendirikan istana bahagia bersama pasangan masing-masing.Memang sibuk ke jemputan itu ini. Makan nasi minyak sedap betul.



Tetapi bila kita dah kawin, jangan pula kita perlekehkan dengan orang lain. Bila kawan-kawan tak kawin lagi, di hidangkan soalan.

" Kau Bila nak kawin ? "

Tahu tak pertanyaan itu mungkin buatkan dia terasa hingga ke dasar hati. Setiap insan pasti mahu berkahwin cuma jodohnya lambat.

Dalam sisi lain, sebenarnya ujian juga terletak pada kita, pada mereka yang sudah berkahwin, masih bujang mahupun telah bercerai.

Dan lebih baik pada yang sudah berkahwin. Lebih baik doakan kawan yang belum berkahwin agar di permudahkan jodohnya.

Kerana saat itu, malaikat bersama kita di majlis yang mulia dan pastinya akan turut mendoakan.

Bia kita bahagia, doakan kawan juga turut bahagia. Baru dapat berkat bersama, jangan pula kita duk perli mereka.

Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan di hadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata(kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.(Riwayat Muslim)

Berkongsi kasih sayang melalui doa akan lebih baik.

Catat Ulasan

2 Ulasan

PeRdU cINta berkata…
Yang telah berkahwin jangan perlekeh sahabat yang belum berkahwin..yang telah mempunyai anak,jangan memperkecil pasangan suami isteri yang belum dikurnia zuriat..SEMUA dengan izin Allah..awak sudah berkahwin dan ada anak..ada tanggungjawab yang perlu digalas..kalau sahabat awak belum berkahwin dan pasangan suami isteri belum dikurnia zuriat,ya,mereka juga tidak mahu begitu..sebaliknya Allah tahu segalanya..apa yang dimiliki syukuri..bila melihat kekurangan orang lain sama-sama tolong mendoakan itu lebih baik..