Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Orang Teraniaya Doanya Di Makbulkan Allah, Tetapi..



Assalamualaikum

Dalam dunia ini, setiap insan ada peluang dan harapan. Peluang untuk lakukan kebaikan dan harapan bagi mereka yang teraniaya.


Maka sebelum kita buat seseorang itu fikirlah berkali. Kerana doa orang teraniaya di angkat Allah.

Surah An-Naml Ayat 62.
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الأرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلا مَا تَذَكَّرُونَ
Artinya : “Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan, apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan, dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?. Apakah di samping Allah ada ilah (yang lain)?. Amat sedikitlah kamu mengingat-ingat(-Nya).” – (QS.27:62)

Tetapi doalah kebaikan, walaupun apa yang terjadi pada kita amat menyedihkan dan tersakiti.Sepertimana acik ceritakam kisah acik kerja dianiaya semasa kerja. Sales di ambil , di tukarkan tempat tanpa sebab padahal orang lain yang kena dan pelbagai lagi. Tetapi acik tak mengalah, selalu berdoa pada Allah.

Ya rab, bukakan pintu hati mereka dan berikan hidayahmu kepada mereka dan berikan kebaikan setiap apa yang berlaku dan jangan biarkan orang lain terkena sepertiku.

Setelah setahun, alhamdulilah mereka yang dulu telah menganiaya kami telah tiada dah kawan-kawan dapat kerja dengan hati yang tenang bila dapat manager baru yang baik. Doa di makbulkan dan walaupun bukan rezeki untuk terus berkerja di situ.

Tetapi jangan pula kita doa yang buruk-buruk.

Allah SWT telah berfirman dalam Surat An-Nisa ayat 148:
لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
Artinya : “Allah SWT tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut, dan Allah SWT itu maha mendengar dan maha mengetahui.” ( 148 : an-Nisa)

 Ceritakan kisah kita dengan Allah. Ingat ! Bila kita doakan keburukan untuk dia, adakah kita puas tengok dia kemalangan ? sakit ?

Jika begitu tidak tiada beza kita dengan dia.

Hadits dari Ibnu Umar SAW, Rasulullah SAW bersabda:
اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة
Artinya : “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” (Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)

Catat Ulasan

5 Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Semoga rezeki achik di tempat kerja baru ni mencurah curah dan halal. Yang penting berkat kan
paridah berkata…
Doa yg baik agar membawa kebaikan.
setiap hari berdoa
mohon yang baik-baik
in sha allah
Nik Ainaa berkata…
kadang-kadang sebab terlalu marah kita doakan buruk-buruk pada orang yang menganiaya kita tetapi semua itu tak kemana. dia ditimpa musibah mungkin ada rasa puas untuk seketika tetapi hakikatnya kita dengan dia sama. sama-sama menganiaya orang lain.