Assalamualaikum
Doa adalah senjata bagi umat islam. Tetapi sejauh mana kita jadikan ianya senjata yang berguna atau membinasakan.
Ada orang bila sedih , dia doa ceritakan pada Allah mohon pertolongan. Ada orang bila bahagia, berdoa berterima kasih dan syukur atas nikmat. Ada orang duka, lara, di lukai , gelisah mahupun di khianati berdoa dan memohon agar di beri kekuatan dan hikmah kebaikan berlaku.
Ada pula yang mendoakan kecelakaan seseorang itu. Ada pula yang sombong untuk berdoa.
Walaupun beribu kali berdoa, doalah untuk kebaikan kerana pasti ada kebaikan juga akan di beri.
Seringkali kita hanya berdoa hanya untuk diri kita. Jarang sekali seseorang mendoakan khusus untuk orang lain. Sebenarnya, mendoakan kebaikan orang lain tanpa pengetahuannya merupakan sunnah hasanah yang telah diamalkan oleh para nabi dan turut diikuti oleh orang soleh. Mereka gembira jika kaum Muslimin memperoleh kebaikan sehingga mereka suka untuk mendoakan saudaranya dan turut mendoakan kesejahteraan diri mereka sendiri.
Amalan seorang sahabat Nabi s.a.w.yang bernama Abu al-Darda’ ialah: “Aku sentiasa mendoakan 70 orang sahabatku ketika aku sujud kepada Allah, dan aku sebutkan satu persatu.” Inilah punca utama tersebarnya kasih sayang dan kecintaan antara kaum Muslimin.
Kemampuan kita untuk membantu orang yang ditimpa musibah amat terbatas sekali. Kita sendiri pun kadang-kala lemah untuk menolong mereka yang ditimpa kesulitan. Alangkah baiknya jika rasa simpati tersebut diterjemah melalui doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa agar mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian itu.
Allah berfirman yang bermaksud:“Kamu berdoalah kepadaku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang yang sombong takbur untuk beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.” (Surah Ghafir 40: 60)
Kita tidak boleh hidup sendirian tanpa ayah, ibu, sahabat, teman, jiran, dan lain-lain kerana mereka merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Jika mereka seronok kita juga akan berasa seronok, dan apabila mereka susah kita turut merasakan keperitan yang mereka tanggung. Kita mesti berharap kepada Allah agar orang yang kita sayangi hidup aman dan bahagia Apabila orang di sekeliling baik dan aman, kita juga turut gembira.
Ketika berdoa sebutkan lah nama-nama mereka yang sentiasa membantu dan menolong kamu.
Ya rab, panjangkanlah umur, diriku, kedua ibu bapaku, adik beradiku,sahabat-sahabatku ,sanak saudaraku dan guru-gurukan serta orang yang banyak membantuku. Berikan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan sentiasa di bawah keredhaan Allah.
Jika kita sukakan seseorang, seseorang pada kita moga jadi jodoh kita. Doakanlah , jika jodoh moga di pertemukan, jika bukan moga di pertemukan seseorang selayaknya untuk diri kita.
Ingat satu pekara !
Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan di hadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata(kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.(Riwayat Muslim)
4 Ulasan