Assalamualaikum
Sedangkan tengah makan, bahuku di tepuk. Acik kau tak ingat aku ?
Aku menoleh ke kebelakang, wajah ini pernah aku lihat tapi di mana ye ?
Aku lan lah !! sampuknya.
Lan rupanya, masyaAllah, hampir tidak mengenalinya.
Dia hanya tersenyum.
Banyak pekara kami bualkan, tiba-tiba dia berkata.Kau tahu acik, begitu sayangnya Allah pada kita, dia nak kita kita cekal hatinya, nak kuatkan hati kita. Dia uji kita, dia hamparkan kasih sayangnya. Memang sakit, peritnya ujian itu, tetapi ada kemanisan hikmah, katanya,
Betul tu lan, ada ketika kita kena sabar, berdoa dan tawakal dengan ketentuan Allah. Cakap memang mudah dan sama-sama belajar untuk jadi lebih baik. Kan Lan ?
Betul tu acik, begitu juga soal jodoh. Ramai terlalu memikirnya sehingga memaksa dalam soal jodoh. Padahal Allah ada yang terbaik untuk kita. Jodoh itu ada, cuma perlu bersabar.Kalau tak tahun nie, tahun depan, kalau tak tahun depannya. Tak di dunia, di syurga. Paling penting berusaha dan sentiasa baiki diri dan dekati pada Allah.
Masa dulu 2 kali tunang aku meninggal masa dekat dengan majlis perkahwinan kami. Ramai yang kata aku bawa malang dan kena macam-macam. Tetapi aku percaya dengan Allah.Alhamdulilah hampir 5 tahun sudah usia perkahwinan kami yang terakhir ini. Ujian itu mematangkan dan jadikan aku berusaha untuk jadi jodoh yang baik untuk seseorang kelak.
Aku bukan seorang yang baik, tetapi di pertemukan seseorang yang selalu ingatkan pada Allah pada aku. Pada aku itu pun cukup bahagia. Katanya lagi.
Aku mampu tersenyum sahaja, betul kata sahabatku, apa kata kamu ?
7 Ulasan
jangan putus asa...:)
Terima kasih Mbah, MANGKUBONO angka yg diberikan sma Mbah,tembus lagi ahirnya saya sudah buktikan dapat uang kemenangan sebesar 600 juta main togel,jika anda sering kala main togel hub:Mbah MANGKUBONO No. (((-085_203-333-887))) JAMIN TIDAK KECEWA 100% pasti terbukti Allah membantu kita semua. (Amin
kerana setiap ujiannya ada hikmah
yg selalunya lebih baik dan terbaik...
alhamdulillah