Assalamualaikum
Pernah tak seseorang tak lah rapat mana, kenal gitu-gitu sahaja. Ada itu masa sekolah atau masa di universiti sombong tak bertegur. Tiba-tiba mesej atau jumpa kemain mesra seolah sahabat baik.
Pasti terkejut bukan ?
Kebiasaannya, mereka adalah mahukan.
Pertama : Mahu mengeratkan silaturahim
Mungkin juga rasa bersalah yang mendalam. Dulu pernah tak mesra dan kesal dan ingin bina hubungan persahabatan.
Kedua : Nak ajak join MLM
Ini yang selalu di alami dalam ajak berborak dan tiba-tiba mesra mesti ada selitan kisah kejayaan jutawan. Pertanyaan "sampai bila kau nak terus miskin ? kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ?". Tunjukkan kereta mewah dan ajak bertemu kawan-kawan.
Ketiga : Nak pinjam duit
Pernah terjadi, entah kenapa seminggu itu kerap keep it touch. Akhirnya menyatakan untuk pinjam duit. Bila dah bagi terus mengepi.
Keempat : Cinta berputik
Cewah, mungkin juga bila bertemu mata ke mata turun ke hati. Kisah lama mula berputar kembali dan tercetus satu perasaan. Fuh
Pernah alami ? Ceritalah pengalaman kamu.
3 Ulasan
nak pinjam duit kot