Ticker

6/recent/ticker-posts

Ada ketika melepaskan orang tersayang itu lebih baik dari terus tersakiti




Assalamualaikum

Jangan jadi penunggu yang sia-sia jika kita di abaikan bagaikan gantung tak bertali.

Andai kita di sakiti fizikal dan mental, adakah harus kita membiarkan ?

Terus di sakit berkali-kali, tetapi kita kata demi cinta aku harus pertahankan. Dia diam seribu bahasa mencari ketika perlu sahaja, ketika dia di perlukan diam menyepi bahagikan hilang nafas.


Jangan demi cinta yang tak pasti sanggup hilang keluarga, hilang kerjaya, hilang pendapatan.

Sayang tak bermakna kita rela di sakiti, di perbodohkan dan di permainkan perasaan.

Memang benar semua orang berhak mendapatkan peluang kedua. Tetapi berpadalah dalam memberi peluang.

Perempuan ini satu makluk yang pelik dan anugerah Allah jadikan. Jika dia sayang, dia akan sayang penuh walaupun apa jua berlaku.Tetapi bila dia dah move on, tidak akan menoleh kebelakang. Hatinya cepat berubah mengikut pada situasi.

Ada ketika melepaskan orang tersayang
itu lebih baik dari terus tersakiti. Buatlah pilihan yang terbaik. Andai sanggup hadapi segalanya laluinya dengan sabar.

Jangan lupa untuk terus berdoa, doa agar dia dapat hidayah Allah dan kita perolehi kekuatan daripadaNya.

Allah itu ada selalu dengan kita, segala berlaku atas peringatannya sebsgai ujian dan kafarah dosa-dosa serta mengubah dia atau kita untuk menjadi lebih baik.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Cikgu Hailmi berkata…
Lama tak jenguk sini. Hi Acik!
paridah berkata…
Ada yg sanggup menggantung xbertali kerna msh syg...susah juga kan
Astor Riyanto berkata…
Hi Acik Apa kbaranya nie..... dah lama tak update lagi kah blog mu ni....
From Justnewbiego