Ticker

6/recent/ticker-posts

Jodoh takkan tertukar, takkan lari jika di kejar, takkan pula mendekat tanpa iktiar



Assalamualaikum

Hidup ini sebuah perjalanan yang panjang. Ada ketika kita perlu mendaki gunung yang tinggi dan meniti jurang. Ada kala terjatuh, tersakiti dan keciwa. Di situ terletaknya semangat untuk bangkit.

Begitu juga soal jodoh, di pertemukan dengan pelbagai jenis orang. Ada yang manis kata-kata tapi tiada reaksi untuk hubungan serious. Ada yang pandai berjanji tetapi janji di mungkiri dengan perbuatannya.


Ada yang setia tetapi beberapa kali di kecewakan. Ada di pisahkan oleh ajal dan ada juga tidak mendapat restu keluarga.

Semua itu adalah perjalanan kehidupan, bertemu dengan orang yang salah sebagai ujian. Untuk kita mendidik diri dan muhasabah diri kerana kadangkala kita juga ada silapnya.

Pertemuan demi pertemuan yang ada ianya mendidik diri kita, menyakini hati bahawa Allah lah pemilik hati kita dan kepadanya kita bersandar.

Ada yang menanti jodoh 70 tahun, ada di umur 20 an ,ada yang bertemu jodohnya setelah beberapa kali berkahwin. Cepat atau lambat ianya tetap rahsia.


Tapi masih nampak samar-samar ?

Sebab hatimu tidak yakin sepenuh hati pada Allah. Andai gembira ingat Allah,Andai sedih ingat Allah, andai gusar ingat Allah, dan apa jua letakkan pengharapan ada Allah.

Paling penting jangan penat untuk berdoa.

Jodoh takkan tertukar, 
takkan lari jika di kejar,
takkan pula mendekat tanpa iktiar 
untuk adam siap sahaja sebuah mahar,
sebelum datang melamar,
untuk hawa baiki dirimu, siapi peribadi,
untuk di petik teruna idaman,
serta berdoalah dengan sabar,
Allah itu Maha Mendengar,
Jodohmu pasti di hantar.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Nurul Syahirah berkata…
kalau dah jodoh, takkan ke mana.. yang penting doa :)

jemput join contest ye
http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html
Unknown berkata…
Jika tiada jodoh di dunia, pasti ada yang lebih baik disediakan di sana. Yang penting jaga hubungan kita denganNya =)
Unknown berkata…
kalu jodoh pasti bersama juga... :-)
Unknown berkata…
Jodoh itu satu ketetapan berdoalah agar dipermudahkan jalan brtemu&brpisah kerana Allah.