Ticker

6/recent/ticker-posts

Seharusnya Bila Hari Lahir Kita Adalah Hari Kita Menghargai Ibu Kita



Assalamualaikum

Alhamdulilah sudah 27 tahun usiaku, cepat masa berlalu. Dari dulu aku tidak pernah memikir tentang sambutan hari lahir.Sambut atau tidak pada aku bukannya sesuatu yang wajib.

Pada acik, bila hari lahir kita ini adalah hari kita ucapkan terima kasih dan menghargai mak kita kerana dia yang melahirkan kita hari ini.

Saat inilah mak bertarung nyawa, bercucur keringat, putus urat-urat demi kita yang dia sayang.Loya, muntah, pening kepala adalah antara simpton yang menunjukkan seseorang itu mabuk hamil atau sedang mengalami alahan mengandung.

Saat itu antara hidup dan mati antara kita atau dia.

Kalau acik tak kisah kalau orang lain lupa tapi jangan mak.

Bila dengar bait-bait doanya cukup menyejukkan hati. Mampu melumpuhkan ego kita, ya rab jagalah dia untukku.

Kepada yang masih ada mak, hargailah
mereka, buatlah dia bahagia. Kerana keredhaan Allah teselit juga dari keredhaan seorang ibu.

Jika mak sudah tiada, jangan putus doakan mereka kerana doa anak yang soleh dan solehah di perlukan mak dan ayah kita.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan acik. Doakan juga semoga acik jadi anak yang baik, hamba yang baik kepada penciptaku dan doakan aku jadi bakal suami yang baik juga untuk bakal makmumku. Semoga kalian juga di redhai Allah dan sentiasa di bawah keredhaannya.

amin ya rab.

Catat Ulasan

2 Ulasan