Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah hadiahkan pada seseorang yang istimewa



Assalamualaikum

Sepi..
Ada satu ketika, ketika semua yang lain sedang tidur. Entah mengapa, mata kau terkebil-kebil tak boleh tidur. Cuba pejamkan mata tapi otak terus berfikir, ahh tak boleh tidur. Gagahkan diri, scroll facebook dan twitter untuk menghiburkan hati.

Tapi malangnya rasa sedih yang kau dapatkan. Lihat kawan bahagia, mereka pergi bercuti bersama keluarga, makan-makan. Perasaan sepi itu mula muncul, sebolehnya kau cuba menafikan.

Tapi satu persatu seolah memori di putarkan. Saat itu, muncullah gambaran seseorang yang pernah kau sayang, kawan baik kau yang menjauhkan diri dan pelbagai gambaran menyentuhkan hatimu.

Sedih.. 

Tak semua pekara dapat kembali seperti biasa. Pekara telah berlaku akan jadi kenangan buat dirimu. Tanpa kau sedar air mata mengalir tanpa di pinta. Siapa pun dirimu, apa jua jantinamu pasti kau ada perasaan itu. Hanya kau dan tuhanmu lebih memahami saat itu.

Satu rasa itu muncul mengubat hening malam, andai semuanya dapat ku ubah, kata helahan hati.

Dalam tak sedar, masa ini adalah ruangan waktu yang Allah hadiahkan pada seseorang yang istimewa.

Masa untuk muhasabah diri dan ceritakan segala masalahmu.Allah rindu doa-doa kita, Allah rindu kata-kata terus dari hati tanpa ego sebagai pembenteng.

Kita jarang mencurah rasa pada maha pencipta, hanya memilih pada yang kita suka.

Kita selalu alpa, 
Kita selalu ikut emosi,
sehingga kita buat apa sahaja yang kita suka.
Tanpa ingati ada yang Maha Melihat.

Tak semua berpeluang rasa perasaan itu dan ruangan waktu itu. Andai kau insan terpilih, ambillah masa itu, hilang topeng di wajahmu, hilangkan "high class" mu, hilangkan "brand" yang selalu kau sematkan.

Luangkan masamu pada penciptamu. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Nieyla Nadia berkata…
Masa yg telah berlalu sgt mustahil untuk kita kembalikannya ke depan...
kdg² Allah menguji hambanya dlm pelbagai cara...
Jangan sesekali kita kesali apa yg telah terjadi..
malah berdoa pada Allah supaya hati yang sedih itu digantikan dengan perkara² yang menggembirakan :)