Assalamualaikum
Hati manusia ini mudah berubah, cepatnya sayang. Dari sayang itu boleh juga jadi benci yang mendalam. Ianya sejauh mana keyakinan kita dan keimanan kita percaya pada ketentuanNya.
Awak terlalu baik untuk saya !
Ayat itu perlu di lontarkan padaku. Ketika itu beribu persoalan di mindaku.
Adakah aku harus jadi jahat, baru akan di terima ?
Hakikatnya, ianya hanya sebuah alasan untuk menutup ruang segenap hati. Menjadi alasan penguat untuk dia pergi tinggalkan aku.
Jika kita tak suka pada seseorang, berterus teranglah dengan cara baik. Jangan melukai dan akhirnya nanti kita juga terluka.
Kini dia ingin kembali, dengan alasan dia menyesal. Mudahnya untuk datang dan pergi sesuka hati.
Jujurlah pada diri sendiri,
Jujurlah pada hatimu,
Jujurlah pada Allah.
Jika tak suka buat tak suka, jangan melayan, jangan mahu di ajak keluar, jangan di layan untuk mesej ataupun telefon.
Duhai Adam,
Jangan kau beri layanan yang special kepada wanita jika tiada niat untuk menjadikannya yang SAH dan HALAL.Wanita ini lain sedikit, cepat perasan dan mudah jatuh hati.Jangan letak harapan sekiranya hati tidak yakin.Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan... Hati wanita ini seperti kaca,Mudah pecah. Bila sudah terluka sukar untuk dirawat kembali.Jangan terlalu ramai layan wanita.Jangan layan sana dan sini nanti binasa.
Duhai Hawa,
Jangan berharap terlalu ttinggi pada lelaki yang kamu sayangi.Kerana bila kecewa datang ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan dahsyat sekali. Jadilah wanita yang tegas, mahal, dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu...
Kata Ibnu Qayyim, cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Ini prinsip yang cuba ku pertahankan.Kerana dengan Allah sahaja aku boleh merasai nikmat cinta yang tidak mengecewakan
4 Ulasan