Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau kita cintakan itu seseorang kerana Allah dan agama.Allah takkan lenyapkan perasaan itu.



Assalamualaikum

Bila bawa mak jalan-jalan adalah saat bahagia bila tengok mak tersenyum dan happy. Ramai yang tanya, tak malu ke ?

Istigfar panjang, nak malu buat apa, takut di kata anak mak ? biarlah janji mak bahagia. Dia insan istimewa dalam hidup acik.

Sedang memandu tiba-tiba, mak berkata. 

Mak tahu anak mak kuat, cukup Allah uji soal jodoh. Tapi anak mak jangan mengalah. Letakkan kepercayaan 100 % kepada Allah.

Kadang itu memang kita akan rasa, kenapalah Allah tak bantu aku ? kenapalah aku tak jumpa jodoh yang baik ? 


Penuh dengan pertanyaan, tetapi di akhirnya kita di uji dengan tentang keteguhan hati kita, kata mak.

Kenapa mak tetiba kata macam tu ?, balasku.

Sebab mak tak nak anak mak biarkan ada hati ragu dengan Allah.

Seseorang yang baik pada kita dia cukup baik tetapi belum tentu terbaik untuk kita. Bagi kita dia tak layak untuk miliki , tetapi padahal dalam dirinya ada seribu kebaikan dan keteguhan cinta pada Allah.

Mana tahu dalam doanya sering sebut nama kita. 

Mak masih ingat kata seorang ustazah :

Kalau kita cintakan itu seseorang kerana Allah dan agama.Allah takkan lenyapkan perasaan itu.

Andai hati ragu, cepat-cepat istigfar dan perbanyakkan zikir.
Andai hati keliru, buat solat istikarah
Andai hati ada permintaan, buatlah solat hajat,
bangunlah sepertiga malam hari, bermunajat pada Allah.

Jangan biarkan hati kita jauh dari Allah.

Hati membentuk  peribadi kita, kata mak dengan panjang lebar.

Sebab itu, Allah hantarkan mak yang comel untuk selalu ingatkan acik.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Sue Izza berkata…
betul,jgn kerana paras rupa dan harta,memang la nak yg sedapmata memandang,tapi pentingkan agamanya,dan cintkan dia juga kerana Allah insya Allah kekal bercinta hingga ke syurga nanti.
Unknown berkata…
serahkan semua tdi tangan Allah
Azira Idris berkata…
cinta yang wujud kerana Allah..tidak dipimpin maksiat sebelum disatukan. Cinta itu Agung...takut pada Allah...mahu hidup dan mati umntuk Allah.
bila kita cinta kan allah
bgn lah, buat solat tahajud&tasbih...
in sya allah,
perasaan itu lebih dan lebih dgn allah..
semoga syurga buat kita semua..amin