Manusia itu sering berubah merembes mengikut haluan angin bayu. Hatinya selalu berubah dari semasa ke semasa mudah di goyah dengan kata-kata.
Ada ketika sahabat boleh lawan,
ada ketika sayang boleh jadi benci,
ada ketika percaya jadi hilang keyakinan.
Kadang kau sering rasa asing di tempat kau sendiri. Mereka selalu menghakimi dan mempercayai kata-kata orang lain tanpa tahu hal sebenar.
Mereka selalu inginkan kesempurnaan dari kita sedangkan sempurna itu bukan sifat kita. Ianya milik Allah ,cuma kita boleh jadi yang lebih baik.
Kadang mereka lupa, adakah mereka juga sempurna ?
kita manusia biasa, sering lakukan kesilapan. Jadi kerugian jika kita ulangi kesilapan yang sama.
Kadang mereka bahagia melihat kita jatuh dan tak bangun-bangun.Walhal dia pernah jadi orang yang kau pernah sayang dan pernah jadi sahabat.
Ada ketika mereka hanya cari ketika perlu sahaja, biarkan mereka tapi jangan kita.
Stop !!
Jangan sia-siakan hidupmu,
Derita dek kata-kata mereka,
untuk penuhi semua jangkaan manusia.
Mereka tak akan pernah puas. Walaupun sehingga nafas terakhir.
Jadilah diri sendiri.
Kekal kebaikan, baiki kelemahan.
Ianya sebahgiaan dari ujian kita ada yang hadir sebagai asbab proses untuk kita kenal diri kita dan dekatkan diri pada Allah.
2 Ulasan
tapi untuk menjadi yg lebih baik itu InsyaÁLlah...