Ticker

6/recent/ticker-posts

Percayalah Bahawa Cinta Memiliki Kekuatan Untuk Memperbaiki Seseorang Menjadi Lebih Baik


Assalamualaikum

"Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : Dimanakah orang yang cinta mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku." (H.R. Muslim)


Setiap manusia inginkan pasangan terbaik untuk hidupnya. Menjadi khalifah dan makmum yang terbaik.

Terbitnya bait-bait indah membuat si hati batu berubah mencintai. Cinta itu mampu merubah seseorang yang kita sayang.


Kadangkala kita di pertemukan dengan seseorang sebagai ujian. Perangainya dan tingkah lakunya sangat menguji kita. Kadang sangat rasa menjengkelkan dengan perangainya.



 
 

Tetapi dalam sudut lain, kau sangat menyayangi. Bawalah cintamu mengenali cinta Allah. Tunjukkan padanya bagaimana pembawakan cinta Allah melalui perilaku , perbuatan dan perkataan.

Bukannya bersama terus hanjut dengan bisikan syaitan yang membinasakan.

Cinta itu bukan setakat berpegang tangan , bukan berjanji setia tetapi adalah tanggung jawab kita sebagai manusia dalam mencintai.

Didiklah diri, didiklah hati untuk berpegang teguh pada kalamnya. Jangan biarkan kita jauh dari cintaNya kelak akan di persoalkan. 

Cinta itu unik, ianya mampu mengubah diri kita. Ambillah kesempatan untuk kita menjadikan dia insan lebih baik. Percayalah bahawa cinta memiliki kekuatan untuk memperbaiki seseorang menjadi lebih baik.

Jika sebelum ini hubungan dengan keluarga rengang maka eratkanlah. Jika hubungannya dengan Allah jauh, maka dekatkanlah dan perkenalkan cinta kepada Allah.

Ingat !

Cinta dua insan adalah untuk satu hubungan yang sah iaitu nikah. Jika dia tidak serious tentang perkahwinan maka fikirkanlah. Usiamu kian meningkat bukan masa untuk berfoya-foya.

Jika ada ruang dan peluang selitkan namanya dalam doa agar di berubah menjadi insan lebih baik untuk kita. Jika bukan dengan kita dengan seseorang yang lebih baik.

Ingat kelak kita di tanya tentang cinta yang bawakan. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

paridah berkata…
Cari jodoh yg terbaik jgn terlalu yakin kita mampu merubah sikap seorag ke arah kebaikan
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Dekatkan diri pada Allah..jangan menjauh drpNYA..