Ticker

6/recent/ticker-posts

Moh kita ke port dickson! Banyak Tempat Menarik !


Penat kerja, nak juga pergi bercutikan. Rehatkan badan. Yelah kadang cuti sabtu ahadrasa bosan tak ada apa nak buat . Asyik menghadap TV tengok drama korea, online tengok youtube, itu  jelahkan yang kamu biasa buat? Haaa mengaku jela tak payah malu-malu. Sebenarnye aku pon buat benda yang sama juga.Hahahaha. Aku nak cerita sikit trip aku ke Port Dickson ngan bestfriends aku. Okay la aku jujur je la ni. Kita orang tak plan pon trip ni. Mula-mula lepak macam biasa sampai la ada one of us yang initiate : 

"Boring la, jom pegi somewhere. Nak keluar la dari sini". 

Daripada situ la jadinye short trip kitorang yang buat memang last minute sangat-sangat aku pon tak tau la ape yang merasuk kitorang untuk proceed je memandangkan masa tu takde specific location pon yang kitorang ada in mind. Memandangkan masa pon dah suntuk kitorang pon pilih Port Dickson untuk short escape kitorang. Di Traveloka, banyak hotel Port Dickson yang korang boleh pilih.

Memandangkan dah set PD sebagai lokasi, maka bermula la pencarian kita! kat mana nak tinggal ni? Haaa mula mula nak cari chalet kat sini sebab nak cari tempat penginapan tak susah mana pon, sebab ada banyak. Tapi alang alang nak bercuti ni, kitorang decide nak duduk kat Port Dickson hotel yang decent sebab nak duduk satu malam je, so nak yang selesa dan berbaloi. Jadi nya kita orang pon book online mid tier hotel, Hotel Seri Malaysia PD. Hotel Seri Malaysia ni ada banyak cawangan kat seluruh Malaysia, salah satu nya dekat PD ni la. Location dia strategik sebab dia dekat dengan bandar, access ke hospital, terminal bas dan Blue Lagoon Beach ataupun bahasa Melayu nya Pantai Tanjung Biru. 


Lepas tempah hotel, siap-siap pack barang semua kitorang pon bergerak la ke Port Dickson satu kereta je sebab cuma bertiga. Tempoh perjalanan lebih kurang sejam je dari KL,  keluar kat tol Port Dickson (Exit 219). Ha nak cerita ni la, dalam perjalanan ke Hotel Seri Malaysia Port Dickson, kitorang singgah makan tengahari dulu kat Cowboy Place nasi kukus ayam panggang yang famous tu. 


Memang kenyang gila and puas hati la. Jadi lepas makan, perut kenyang, hati senang so mesti rasa ngantuk nak tido kan? haha pantang makan mesti ngantuk. Since lepas kitorang siap makan, kitorang pergi la check in kat hotel, Check in time hotel ni pukul 2.00, so check in and rehat kat bilik jap, nak plan buat ape lepas ni (selain tidur). Aku rasa ni hotel Port Dickson yang paling cool sebab staff kat sini semua mesra. 

Kita orang pon decide nak menambah ilmu di dada, so kitorang pon pergi ke Muzium Tentera Darat, tak jauh dari hotel. Muzium Tentera Darat ni untuk pengetahuan korang merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ada banyak  bahan artifak dan replika sejarah dari zaman penjajahan portugis sampai la saat Malaysia mencapai kemerdekaan.


 Terasa amaze tengok teknologi perang dengan maklumat senjata yang ada kat situ. Lepas ke muzium tu, kitorang melepak kat Tanjung Biru(Blue Lagoon) , ni memang first time pergi pantai ni sebab sebelum ni pergi PD duduk area Pantai Teluk Kemang je. Pantai dia lagi bersih lepas tu view dia memang lagi cantik kat sini. Lama jugak lepak kat situ tengok view and lepas tu balik hotel bersihkan diri untuk siap siap dinner lepas maghrib nanti. Kitorang decide untuk dinner kat Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood. Overall makanan kat sini sedap dan harga dia reasonable, tips untuk orang yang nak datang restoran ni, dia bukak pukul 7.00 weekdays dan 6.00 hari Ahad. Restoran ni menghadap pantai and makanan yang korang mesti cuba ialah.... jeng jeng! Siakap 3 rasa dia memang ummph!

Esoknya kita orang breakfast kat hotel lepas tu siap-siap kemas barang sebab check out pukul 12.00, kita orang check out awal sikit sebab nak pergi satu tempat sebelum balik KL. Overal stay kat Hotel ni bagus! Definitely worth our stay as one of the recommended hotel di Port Dickson yang kitorang jumpa online. Lepas check out kitorang singgah Ostrich Farm. Ye! Ostrich Farm! sebab kan dah cakap nak try benda lain kat PD ni. Surprisingly seronok sebab bukan setakat ostrich je, ada lagi banyak haiwan lain macam arnab, kuda and burung merak. Boleh bagi makan dan boleh tunggang ostrich tu kalau berat bawah 40kg! Kitorang try satay ostrich kat cafe dalam tu jugak, rasa dia interesting Haha. Lepas puas main dalam tu, kitorang pon gerak balik KL sebab takut kalau lewat sangat jalan jammed. Memang syok gila short trip ni and you guys should try this too!



Catat Ulasan

19 Ulasan

Lya Akif Imtiyaz berkata…
Wahh jalan2 Port Dickson gitu..Kekya tak pernah g lagi kat PD..satu hari nnt mungkin akan jejak kaki kat sini gak...insyaallah
kak gojes berkata…
nak juga ke sini klu berkesempatan...menarik tmpt ni
PCL berkata…
Seingat pcl ankan, PD ni bila malam se suasan suram.. Mungkin pcl x pandai lg explore tempat orang ..tapi bila baca achik punya trip PD ni macam best pulak.. nak try benda lain kat PD itu yg pasti. Dan menginap di seri malaysia. Nest month la kot tgk bajet poket makin tipis ni.. Haha.
Suria Amanda berkata…
Akak pun tak khatam lagi jenjalan kat PD padahal dekat je dengan Seremban..
irrayyan berkata…
Bestnye g pD. Nak mandi laut
Cikla Shahril berkata…
cikla pernah mkn kt cowboy place tu. tp masa tu mmg pack giler org. so, service mcm slow. anak2 dh tantrum dah sbb tunggu lama.

tp mujurlah nasinya mabeles...sedap
Dah lama rasanya xg PD ni ... insyaAllah cuti nnti PD jdi next destinasi
irrayyan berkata…
Seronoknye tak plan boleh jalan2...g x rumah terbalik?
Izzati Suhaide berkata…
bestnya g PD..tak penah sampai PD lagi..hehe
Inani Hazwani berkata…
Seronoknyaaa kalau dapat ke sana. Nani tak pernah lagi bercuti dekat PD 😊
Azlinda berkata…
Kalau p PD selalu terjah bt8 je..rupanya byk tempat menarik. Bole try bawa anak2
Azlinda berkata…
Kalau p PD selalu terjah bt8 je..rupanya byk tempat menarik. Bole try bawa anak2
adkdayah berkata…
Masa dayah dekat usim dulu, selalu juga turun ke PD tapi tak tahu pula yang muzium tentera dengan Ostrich Farm tu..huhu rugi rasa, tak pernah ambil tahu..huhu
Sayidah Napisah berkata…
perghhh baca tang ikan bakar tu tertelan air liur hahaha. PD memang best :D
paridah berkata…
Seronoknya bercutidi PD bnyktempat yg boleh dilawati
Fieza Sani berkata…
Boleh la list PD ni lokasi percutian utk shortvacay next time...mcm best plak baca entry acik ni..
Nieyla Nadia berkata…
PD selalu juga pergi buat piknik dgn family...
so,jangan sangat pergi sana utk explore...