Penat kerja, nak juga pergi
bercutikan. Rehatkan badan. Yelah kadang cuti sabtu ahadrasa bosan tak ada apa
nak buat . Asyik menghadap TV tengok drama korea, online tengok youtube, itu
jelahkan yang kamu biasa buat? Haaa mengaku jela tak payah malu-malu.
Sebenarnye aku pon buat benda yang sama juga.Hahahaha. Aku nak cerita sikit
trip aku ke Port Dickson ngan bestfriends aku. Okay la aku jujur je la ni. Kita
orang tak plan pon trip ni. Mula-mula lepak macam biasa sampai la ada one of us
yang initiate :
"Boring la, jom pegi
somewhere. Nak keluar la dari sini".
Daripada situ la jadinye
short trip kitorang yang buat memang last minute sangat-sangat aku pon tak tau
la ape yang merasuk kitorang untuk proceed je memandangkan masa tu takde
specific location pon yang kitorang ada in mind. Memandangkan masa pon dah
suntuk kitorang pon pilih Port Dickson untuk short escape kitorang. Di
Traveloka, banyak hotel Port Dickson yang korang boleh pilih.
Memandangkan dah set PD
sebagai lokasi, maka bermula la pencarian kita! kat mana nak tinggal ni? Haaa
mula mula nak cari chalet kat sini sebab nak cari tempat penginapan tak susah
mana pon, sebab ada banyak. Tapi alang alang nak bercuti ni, kitorang decide nak duduk kat
Port Dickson hotel yang decent sebab nak duduk satu
malam je, so nak yang selesa dan berbaloi. Jadi nya kita orang pon book online
mid tier hotel, Hotel Seri Malaysia PD. Hotel Seri Malaysia ni ada banyak
cawangan kat seluruh Malaysia, salah satu nya dekat PD ni la. Location dia
strategik sebab dia dekat dengan bandar, access ke hospital, terminal bas dan
Blue Lagoon Beach ataupun bahasa Melayu nya Pantai Tanjung Biru.
Lepas tempah hotel,
siap-siap pack barang semua kitorang pon bergerak la ke Port Dickson satu
kereta je sebab cuma bertiga. Tempoh perjalanan lebih kurang sejam je dari KL,
keluar kat tol Port Dickson (Exit 219). Ha nak cerita ni la, dalam
perjalanan ke Hotel Seri Malaysia Port Dickson, kitorang singgah makan
tengahari dulu kat Cowboy Place nasi kukus ayam panggang yang famous tu.
Memang kenyang gila and puas hati la. Jadi lepas makan, perut kenyang, hati
senang so mesti rasa ngantuk nak tido kan? haha pantang makan mesti ngantuk.
Since lepas kitorang siap makan, kitorang pergi la check in kat hotel, Check in
time hotel ni pukul 2.00, so check in and rehat kat bilik jap, nak plan buat
ape lepas ni (selain tidur). Aku rasa ni hotel
Port Dickson yang paling cool sebab staff kat sini semua
mesra.
Kita orang pon decide nak
menambah ilmu di dada, so kitorang pon pergi ke Muzium Tentera Darat, tak jauh
dari hotel. Muzium Tentera Darat ni untuk pengetahuan korang merupakan muzium
tentera yang terbesar di Malaysia. Ada banyak bahan artifak dan replika sejarah
dari zaman penjajahan portugis sampai la saat Malaysia mencapai kemerdekaan.
Terasa amaze tengok teknologi perang dengan maklumat senjata yang ada kat situ. Lepas ke muzium tu, kitorang melepak kat Tanjung Biru(Blue Lagoon) , ni memang first time pergi pantai ni sebab sebelum ni pergi PD duduk area Pantai Teluk Kemang je. Pantai dia lagi bersih lepas tu view dia memang lagi cantik kat sini. Lama jugak lepak kat situ tengok view and lepas tu balik hotel bersihkan diri untuk siap siap dinner lepas maghrib nanti. Kitorang decide untuk dinner kat Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood. Overall makanan kat sini sedap dan harga dia reasonable, tips untuk orang yang nak datang restoran ni, dia bukak pukul 7.00 weekdays dan 6.00 hari Ahad. Restoran ni menghadap pantai and makanan yang korang mesti cuba ialah.... jeng jeng! Siakap 3 rasa dia memang ummph!
Esoknya kita orang breakfast
kat hotel lepas tu siap-siap kemas barang sebab check out pukul 12.00, kita
orang check out awal sikit sebab nak pergi satu tempat sebelum balik KL. Overal
stay kat Hotel ni bagus! Definitely worth our stay as one of the recommended hotel di Port Dickson yang
kitorang jumpa online. Lepas check out kitorang singgah Ostrich Farm. Ye!
Ostrich Farm! sebab kan dah cakap nak try benda lain kat PD ni. Surprisingly
seronok sebab bukan setakat ostrich je, ada lagi banyak haiwan lain macam
arnab, kuda and burung merak. Boleh bagi makan dan boleh tunggang ostrich tu
kalau berat bawah 40kg! Kitorang try satay ostrich kat cafe dalam tu jugak,
rasa dia interesting Haha. Lepas puas main dalam tu, kitorang pon gerak balik
KL sebab takut kalau lewat sangat jalan jammed. Memang syok gila short trip ni
and you guys should try this too!
19 Ulasan
tp mujurlah nasinya mabeles...sedap
so,jangan sangat pergi sana utk explore...