Ticker

6/recent/ticker-posts

Sehingga ada yang bergaduh bertahun-tahun,Bercinta 10 tahun kawin 2 hari bercerai dan pelbagai lagi.




Assalamualaikum

Seseorang pernah tanya aku, apakah yang paling penting bagi menjaga perhubungan dua hati?

Jawapannya adalah komunikasi. Aku belajar dalam pengajian media yang melibatkan komunikasi. Peliknya terdapat pelbagai jenis seperti interpersonal , subjek pyschologi ,family communication dan pelbagai lagi.

Pentingnya komunikasi dalam kehidupan kita tetapi ada beberapa pekara sering kita abaikan.

Sehingga ada yang bergaduh bertahun-tahun tak bertegur sapa.
Bercinta 10 tahun , kawin 2 hari bercerai dan pelbagai lagi.

Hal ini adalah kerana sering terjadi miscommunication, misinterpretation and misconception.

Seringkali terjadi adalah yang kita abaikan adalah.

1. Bila berkomunikasi ini mestilah 2 hala, satu bercakap dan satu mendengar. Bila satu lagi bercakap maka yang satu lagi diam dan dengar. Tumpukan hal utama di bahaskan. Tidak meninggi suara mengikut emosi dan tidak menyempang ke hal-hal lain.

2. Ego tak bertempat. Itu kadang sering berlaku asyik kata dia sahaja yang betul. Orang lain salah dan kena ikut kata dia. Bila ego lawan ego maka jadi bara api , benda kecil jadi besar.

3. Bila beremosi lebih baik diam. Masalah sering terjadi tak kiralah pasangan ke mahupun kawan-kawan adalah sering terikut-ikut emosi. Sebenarnya tak elok kerana komunikasi itu terdapat halangan untuk sampai tujuan utama .Sebab itu bila emosi lelaki lebih baik jangan ajar lawan perempuan bergaduh mulut, tak akan menang.. fuhh bahaya lebih baik jangan di layan dan keluar ke mana pun. 

4. Bila mesej mahupun whatsapp pastikan guna ayat yang betul dan tidak terlalu ringkas. Kerana mesej itu tidak berintonasi jadi sering berlaku salah faham. Tetiba dia kata :

kau marah dekat aku ke ?

Dah tetiba masam muka.

5. Terlalu ban

Komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita tak kira dalam percakapan dan bahasa tubuh. Jadi sebagai manusia biasa, kita seharusnya mengurangkan miss communication dan kurangkan pergaduhan. Caranya ?

Jangan ikut emosi dan cepat melenting.Jika rasa pekara itu sesuatu tak kena, mintalah penjelasan dari orang tersebut. Dalam mesej pula, sebelum tulis itu bacalah dulu untuk elakkan salah faham. Okey ?


Catat Ulasan

1 Ulasan

arzmoha berkata…
komunikasi ini penting tapi ramai sering miskomunikasi