Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Tips Terbaik Untuk Atasi Masalah Di Tempat Kerja



Assalamualaikum

Dalam hidup kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam. Kadang ada sahaja masalah di tempat kerja, dengan rakan-rakan mahupun bos. Lagi-lagi soal cakap belakang, buruk memburuk satu sama lain dan sehingga sanggup orang lain di berhenti kerja. 

Memang wujud jenis orang seperti di dunia kita ini. Kadang kita cakap lain tiba sampai orang lain jadi.Siap ada citation bahawa itu ayat dari kita. Pasti ada seorang yang boleh di katakan akan mengampu bos. 

Jadi mangsa adalah kita, kadang tak salah tetiba cerita buruk sahaja sampai. Jadi untuk elakkan semua itu, acik ada sedikit tips yang boleh kita lakukan untuk elakkan dari hal-hal tak di ingin berlaku.

Pertama : Jangan terlalu rapat

Maksud acik berpada-padalah jangan terlalu rapat.Semua pekara nak di ceritakan padanya. Kerja buat cara kerja tetapi untuk jadi bestie officemate forever itu elakkan. Sebab ada satu ketika selisih faham nanti semua pekara meletup. Maka seeloknya sederhanalah dalam bergaul.Be Profesional !

Kedua : Bila bergosip baik lari dan diam

Gosip itu pasti ada dalam ruangan kerja mahupun di mana. Kalau mereka nak bergosip atau cerita tentang orang lain. Baik cari alasan untuk pergi. Ataupun kalau dengar sekalipun diamkan sahaja. Jangan biar sebarkan dan lupakan.

Ketiga : Jangan sampai menyampaikan.



Kadang niat kita baik, untuk elakkan cakap belakang tapu hakikatnya tak semudah itu nak terima. Si A cakap dengan kau tentang si B.Kau pun cakaplah pada si C. Elakkan kerana perbuatan itu tak baik dan tak elok. 

Keempat : Ini rahsia tau !

Pada acik tak ada istilah rahsia. Mungkin boleh jadi rahsia dia pada yang lain. Maka berpanjangan rahsia jadi rahsia. Akhirnya gaduh besar. Jadi lebih baik kau tahu diam sahaja.

Kelima : Kawan dengan semua orang.

Paling penting adalah kawan dengan semua rakan. Tak payah ada geng tertentu. Kerana ada masa nanti kawan akan jadi lawan dan kadang banyak ada terlepas cakap.

Bukan maksud acik kita jadi kera sumbang, berkawanlah tapi berpada-pada. Beraktivitilah bersama rakan-rakan tapi letakkan limit. Ada orang yang boleh kita percaya dan ada yang kita boleh bercakap soal tertentu sahaja.

Hati manusia kita tak tahu. Tapi yang penting hati kita perlu di utamakan. Punca rezeki kita juga jadi priority dan jangan kita di jadikan kambing hitam untuk orang salahkan kita dan kita jadi mangsa. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
Setuju 100% semua tips.....memang tepat sekali....terutama...jgn cerita semua tu....bahaya...time jd kawan dia simpan...bila dah gaduh...habis kan dia cerita
CCL Pun setuju dengan tips acik kat atas ni ...
Fieza Sani berkata…
setuju..saya kena praktik yang pertama tu..sbb betul apa acik tulis tu..bila rapat sangat, semua nak dicerita..tapi lepas tu ada topik yang kita cerita tu, kena balik kat batang hidung sbb mulut bestie officemate forever ni..penyudahnya hati kita yang sakit sebab kena bahan dengan kawan sendiri...