Sedang khusyuk aku makan roti canai tetiba aku di hampiri seseorang.
Acik ! lama tak jumpa kau, makin besar!,sahut Adi.
Alhamdulilah sehat, balas ku.
Aku mempelawa dia duduk dan tetiba dia bertanya. Acik maaflah aku nak tanya, dah lama sebenarnya nak tanya. Kau ada degree, ada jadi pengacara dulu tapi kenapa kau tak cari kerja lebih baik, tanya Adi pada aku.
Aku hanya mampu tersenyum.
Semuanya izin Allah, tapi dengan pilihan yang Allah beri ini aku bahagia. Tak semua dapat rasa apa yang aku dapat rasa, dekat dengan mak ayah. Dapat jaga mereka, alhamdulilah rezeki ada sahaja walaupun sikit.
Dalam adik beradik kita ada yang Allah dorongkan dia untuk dekat dengan mak ayah , jaga mereka.
Itu semua rezeki, kadang terlepas pandang.Dalam adik beradik lain mencari rezeki luar, kadang balik 2 bulan sekali, kadang balik masa raya sahaja, Kita Allah kurniakan bantu mak ayah kita, jaga mereka.Mereka nak pergi klinik buat pemeriksaan,belikan lauk, kalau mereka nak ke mana-mana kita teman.
Allah itu maha Adil, semua itu kurnia tak terhingga. Bukan semua orang berpeluang dapat jaga mereka.
Jadi kita yang berpeluang ini hargailah saat indah. Mereka makin berusia, mereka perlukan kasih sayang dan perhatian dari kita.
Jadi jangan di pandang remeh hakikatnya penuh dengan hikmah. Maka selalu bersangka baik pada Allah. Pada aku ianya rezeki yang melimpah dan tak semua orang berpeluang dapatkannya.sahutku.
Betul juga tue acik, baru aku faham, balasnya.
9 Ulasan
kdg² apa yang kita rasa kita boleh dapat yang lebih baik tapi Allah beri rezeki lain pada kita...
Tak apa...setiap itu adalah rezeki...walaupun kecil..pasti Allah telah susun segalanya untuk kita dan yang leboh baik dr apa yg kita nak.. :) acik,klu sudi meh la join segmen nieyl :)
1000 pieces. Pilots chronograph watch "little prince" special edition with a beige suture decorated with brown matte calfskin strap.