Manusia itu mampu berubah 360 darjah.Dia mampu jadi semanis gula terutama di hadapan mereka yang di sayangi.Tetapi itu bukan hakikat sebenar perangainya.
Sebab itu bila dah berubah terkejut dengan perangai-perangai yang di luar jangkaan.
Dari hasil permerhatian acik, sebelum kita memilih dia sebagai pasangan kita #tilljannah. Maka lihatlah dari bagaimana caranya memuliakan ibunya.
Kerana seseorang yang memuliakan ibunya adalah seorang penyayang yang menghargai kehidupan.
Ibu ini penuh dengan emosi, jika dia layan ibunya dengan baik, dia rapat dengan ibunya.Dia jenis hatinya yang lembut dan penyayang.InshaAllah dia jaga kamu dengan baik.
"acik habis kalau aku tak rapat dengan mak, tapi dengan ayah ?!"
Sabarlah sama juga , bagaimana kita sayang ayah dan dapat mengawal ego kita.Sebab kebanyakan perempuan akan lebih rapat dengan ayah. Jadi bagaimana sikapnya dengan ayahnya itulah penilaiannya.InshaAllah dia bakal jadi isteri yang taat dan baik untuk kamu.
Mereka boleh berpura-pura tapi sampai bila pasti terbongkar.
Dari situ kamu boleh tengok sikapnya. Mungkin kamu boleh bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi hari-hari akan datang.
Kalau jenis dengan mak ayah tak di pedulikan. Fikir-fikirkanlah. Sebab perkahwinan ini bukan soal cinta kamu dia sahaja. Tetapi tentang ikatan kekeluargaan.
Bila mak ayah kedua pihak saling redha dan mendoakan bukankah indah.
Sebagaimana baik dia jaga kedua ibu bapa dia, sebaik itu juga dia akan menyayangi ibu bapa kita.
Tetapi bagi yang telah tiada ibu atau bapa sedekahlah al fatihah. Kamu insan mulia dan Allah sayang. Berikan kasih sayangmu kepada orang sekitarmu menyayangimu.
Kadang dalam proses ini juga untuk kita kenal perangai kita dan bakal mak dan ayah mereka kerana kadang kita di uji dengan perangai dan sikap mereka.
3 Ulasan