Assalamualaikum
Cuti sekolah penuh dengan majlis kerja kawin. Soalan biasa yang akan di tanya.
"acik bila nak kawin ?", tanya makcik.
InshaAllah cik, doakan saya dapat jodoh yang baik, aku hanya mampu tersenyum.
Jodohkan rahsia Allah, biarlah aku serahkan pada Allah semata, balas seorang kenalan dengan tegas.
aku sempat mencelah dari perbualan mereka :
Betul kita serahkan jodoh kita pada Allah.Jodoh ini bukan semata-mata benda rahsia yang kita tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya dengan teruja.
Jodoh ini lebih dari itu.
Jodoh ini tentang keyakinan.
Tentang kepercayaan hati kita.
Tentang usaha.
Tentang kita sebagai hamba dan Allah itu Tuhan kita.Bagaimana perhubungan kita ?
Usaha itu dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.
Bagaimana kita persiapi diri kita jadi yang terbaik untuk di miliki dan memiliki.
Keteguhan hati kita adakah kita yakinkan diri dengan ujian-ujiannya, dengan bertemu, berkenalan hanya untuk persinggahan.
Perbuatan kita, adakah hanya menunggu ?
Tentunya menunggu dengan beramal ibadah, baiki diri dan belajari ilmu agama. Menunggu itu juga ada ujiannya.
Berdoa itu salah satu usaha kita. Mungkin antara beratus ribu doa kita mesti satu akan di angkat oleh Allah. Jangan berhenti berdoa,Balasku.
Tapi acik, ada sahaja orang kurang akhlaknya tetapi ada sahaja jodohnya., sahut kenalan tersebut.
Betul itu, janji Allah itu pasti untuk semuanya hambanya.Tetapi ingat segala sesuatu itu ada ujian dan hikmah Allah nak berikan. Walaupun dia kurang upaya tetap ada jodohnya tetapi setiap perjalanan hidup dan ceritanya berlainan.
Ada satu tahap nanti kau akan rasa..,
"aku serahkan hidup dan matiku pada-Mu, ya Allah. Aku serahkan segala perkara yang aku tak tahu kepada-Mu ya Allah."
Apa yang terlihat cantik pada pandangan mata belum tentu cantik pada pandangan-NYA dan apa yang kelihatan seperti tidak menarik bagi kita itulah yang terbaik anugerah dari-NYA.
Jaga diri..semoga semuanya masih dalam jagaaNYA.Jadilah penanti yang tidak sia-sia.
8 Ulasan