Jam di tangan tepat pukul 11 pagi. Aku menemani beberapa kenalan untuk bantu research mereka.
Tiba-tiba seorang dari mereka menangis. Teresak-esak.
Kenapa wati ? , aku bertanya.
Acik cuma baca, mesej ini.Serba salah jadinya. balas wati.
Mesejnya.
Kau jadi perempuan jangan sombong sangat. Aku akan pastikan hidup kau akan derita ! aku tak dapat yang lain pun tak dapat !
Ya Allah ! , sahutku.
Acik kami perempuan ini kadang serba salah. Kalau jenis outspoken dan mesra di kata gedik , tak pandai jaga maruah diri. Bila tak di layan, di katakan sombong dan sebagainya. Apa yang harus kami lakukan, balas wati.
Acik faham maksud Wati, apapun kita kembali kepada al quran dan sunnah kita sebagai pegangan. Jika di hati ada benci, maka walaupun seribu apa jua alasan tetap akan membenci.
Balaslah dengan kata-kata yang baik dan doa. Tetapkan jaga pergaulan dan adab.
Berdoalah agar Allah menjaga akidah dan hati kita dari bersangka buruk.Doakan orang itu agar di lembutkan hatinya dan di beri hidayah.
Aku sebagai lelaki ada ujiannya, kamu sebagai kaum hawa terdapat ujianmu tersendiri.
Jadi bersabarlah, ada hikmah Allah nak tunjukkan pada kita wati.
Jika belarutan, buat laporan.
“Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan bagi sebagian yang lain. Maukah kamu bersabar? Dan adalah Rabbmu Maha melihat.” (Al-Furqan: 20)
“Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan bagi sebagian yang lain. Maukah kamu bersabar? Dan adalah Rabbmu Maha melihat.” (Al-Furqan: 20)
Ianya perjuangan kamu sebagai wanita. Semoga sabar dengan ujianNya.
kuatkan hatimu wahai sahabat.Ujian di berikan pada wanita sejak dari zaman dahulu sebagai contoh.
Asiah, isteri Firaun berkahwin dengan orang yang zalim, tapi dia tetap masuk Syurga.
.
Walihah, isteri Nabi Luth AS berkahwin dengan seorang Nabi tapi dia tetap tak masuk Syurga kerana dia tak beriman.
Jadi biarlah orang nak kata apa jua tentang kita. Allah lebih mengetahui.
Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim: 1467)
Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim: 1467)
5 Ulasan
Allah sentiasa mendengar...
JanjiKita