Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Kukus My Mama Wajib Serbu Kerana Keenakan Ayam Berempah Dan Super Jimat

Assalamualaikum

Teruja sampai ke Pahang, bila ke pahang yang terlintas di fikiran adalah nasi kerabu, nasi dagang mahupun nasi kukus my mama.


Nasi kukus my mama ? 

Ye nasi kukus my mama sangat popular di pekan Pahang dan ada beberapa branch lagi di pahang. 





Paling acik suka adalah konsep yang di ketengahkan.Konsep seperti Fast food restaurant tetapi sajikan masakan tradisional selera kampung.



Sebenarnya ini bukan pertama kali makan di sini.Tetapi kerana kenakannya buatkan acik nak review tempat istimewa ini.



Menu paling di gemari adalah Ayam rempah. Nampak sajian ini biasa tetapi bila makan rasa keeanakkannya.



Terutama kesedapan ayam berempahnya yang bersaiz besar.Kepekatan kuahnya yang sedap sangat membuka selera. Di tambah dengan cili hijau. Memang menarik, apatah lagi ayam cecah pada kuahnya. Ya Allah sedapnya.

Harganya , jangan risau mampu beli seperti warga di warung-warung. Hanya RM 8.37 setelah gst.



Pilihan bukan itu sahaja tetapi ada juga ayam merah, ayam kicap, opor ayam, daging kerutuk dan kambing masala.

Jadi pilih mana sahaja pilihan kamu.Memang masakannya amat menyelerakan. 

Kalau kamu datang ke pekan mahupun kuantan cuba-cuba datang ke nasi kukus my mama pasti kamu tak akan rasa puas hati dan kenyang. 

Setnya siap dengan air tau, jimat dah tu.Temparnya bersih dan nyaman untuk makan.

Teringin nak rasa ? di bawah acik tunjukkan direction nya.

untuk Nasi Kukus My mama acik bagi 5/5 🌟🌟🌟🌟🌟

Catat Ulasan

7 Ulasan

sitirohaida berkata…
wah..nanti ke pahang,boleh la singgah sini ..
ainaez berkata…
Memang best. Ayam pun besar gila! Puas hati makan. Dulu pernah kena tutup kejap sebab ada isu perebutan hakmilik. Sekarang dah buka semula.
Masmira Masri berkata…
nmpk sedap lahh kuah dia pekat betul..adoii bila boleh pi singgah sana ni..
jemput singgah entry sy yer
http://myaleo.blogspot.my/2017/03/kakak-baby.html
ZULHILMI TEMPOYAK berkata…
alaaa.. baru balik pi pahang haritu. xtau lak ada.. menarik2
Suria Amanda berkata…
Alaaaa...terus lapar..akak x makan lagi ni..sexy tgok ayam tu ha acik
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Kak lya pon suka gam nasi kukus..sedap dan kalau kena ngan sambal dan ayam yang besar mmg lagi best