Assalamualaikum
Teruja sampai ke Pahang, bila ke pahang yang terlintas di fikiran adalah nasi kerabu, nasi dagang mahupun nasi kukus my mama.
Nasi kukus my mama ?
Paling acik suka adalah konsep yang di ketengahkan.Konsep seperti Fast food restaurant tetapi sajikan masakan tradisional selera kampung.
Sebenarnya ini bukan pertama kali makan di sini.Tetapi kerana kenakannya buatkan acik nak review tempat istimewa ini.
Menu paling di gemari adalah Ayam rempah. Nampak sajian ini biasa tetapi bila makan rasa keeanakkannya.
Terutama kesedapan ayam berempahnya yang bersaiz besar.Kepekatan kuahnya yang sedap sangat membuka selera. Di tambah dengan cili hijau. Memang menarik, apatah lagi ayam cecah pada kuahnya. Ya Allah sedapnya.
Pilihan bukan itu sahaja tetapi ada juga ayam merah, ayam kicap, opor ayam, daging kerutuk dan kambing masala.
Kalau kamu datang ke pekan mahupun kuantan cuba-cuba datang ke nasi kukus my mama pasti kamu tak akan rasa puas hati dan kenyang.
Setnya siap dengan air tau, jimat dah tu.Temparnya bersih dan nyaman untuk makan.
Teringin nak rasa ? di bawah acik tunjukkan direction nya.
untuk Nasi Kukus My mama acik bagi 5/5 🌟🌟🌟🌟🌟
7 Ulasan
jemput singgah entry sy yer
http://myaleo.blogspot.my/2017/03/kakak-baby.html