Ticker

6/recent/ticker-posts

Semoga Allah temukan seorang sahabat yang baik untuk kamu dan juga aku


Assalamualaikum

Kepercayaan itu sangat mahal nilainya bagi yang tahu menghargai. Kerana kepercayaan itu mampu membina sebuah empayer yang megah dan runtuhnya kerana kebinasaan sifat kita.

Seseorang letakkan kepercayaan itu pada kau bukan mudah.Ianya ambil masa bertahun untuk di bina tetapi dengan sekelip mata kepercayaan itu berubah bagaikan angin.

Sakitnya di khianati oleh orang yang kita percaya. Sakitnya lagi-lagi orang itu sangat rapat dengan kita. Aku dah rasa, sakitnya itu, buatkan aku was-was ertinya sahabat. Aku lebih berhati-hati.

Tapi di sisi lain, aku lihat ianya adalah pengalaman dan pengajaran yang Allah nak berikan padaku.


"manusia itu mudah berubah"

Jika ianya dapat dalam kesempitan, mereka akan buat apa sahaja untuk lepas diri. Apabila ada iri hati dan benci dia mampu tuturkan kata-kata rahsia yang pernah kamu bagitahu dia dulu.

Dan tak pelik apabila di belakangmu, dialah penambah perisa memburukkan. 

Sebab itu seringkali aku katakan letakkan 50 % rasa percayamu dan 50 % rasa ragumu.Agar kelak jika apa terjadi ianya adalah kekuatan untuk kamu bangkit dan tidaklah terasa sakitnya.

Ada 3 hal penting yang perlu kamu tahu.

1. Jangan terlalu mendedahkan hal peribadimu dan rahsiamu. Kelak jadi senjata.
2. Jangan mudah tuturkan rasa tak puas hatimu tentang seseorang. Sebab ianya akan jadi citation kata-kata kamu , untuk di khabarkan pada yang lain.
3. Jangan terlalu rapat.

Bukan niat acik untuk bertanggapan negatif tetapi kita harus berhati-hati. Kerana hati manusia mudah berubah. 

Kita manusia, ada banyak hal yang kita simpan rapi-rapi rahsia hidup kita. Adanya satu ketika rasa terbeban yang amat.Ada masanya kita ingin berkongsi dengan orang lain. 

Tetapi bila ada salah faham rahsia itulah di jadikan senjata.Hakikatnya.

Jika seseorang mengabarkan kepada orang lain suatu kabar, kemudian ia berpaling dari orang yang dikabari tersebut maka kabar itu adalah amanah (atas orang yang dikabari) (HR At-Tirmidzi (1959) dan Abu Dawud (4868). Hadits ini dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam as-Shahiihah (1090).)

Rahsia itu juga merupakan amanah yang harus kita jaga. 

Jadilah seorang sahabat yang baik, jadilah seorang pendengar yang baik baik dan manusia yang pegang pada janji dan amanah.Jangan biar syaitan terus ketawa kemenangan hasil putusnya persahabatan. 

Aku antara mereka yang percaya dan berpegang pada nilai persahabatan walau berkali juga aku di khianati. Semoga Allah temukan seorang sahabat yang baik untuk kamu dan juga aku.




Catat Ulasan

5 Ulasan

paridah berkata…
Semoga kita adalh shbt baik yg mnjaga rhsia shbtnya
Suria Amanda berkata…
Bukan senang nak dapat sahabat yang sanggup susah senang dengan kita...susah..satu dalam seribu pun belum tentu dapat...
sahabat yang baik satu dalam seribu
Unni anje berkata…
In shaa Allah bersahabat kerana Allah

'' bersahabatlah kamu dengan sahabat yang setiasa mendekatkan kamu dengan Allah''
Nieyla Nadia berkata…
InsyaÁllah....
Sahabat yang baik..
ibarat menjadi gula dalam tepung...
Kalau jumpa pun,belum tentu elok gula tu..:)
semoga kita semua dikurniakan sahabat-sahabat yang baik..Ameen..