Assalamualaikum
Hati bagaikan senjata yang berbisa,
apabila di sakiti terbitnya doa-doa sebagai benteng,
apabila dendamnya memuncak mampu jadi pembunuh dalam senyap,
apabila gembira doanya sangat di sayangi,
apabila kecewa jangan di biarkan meniti di bibir doa yang jelak.
Aku tahu sakitnya di sakiti orang yang kita sayang. Aku tahu pedihnya di pebodohkan rakan sekerja mahupun bos yang amat menyakitkan hati.
Aku juga dah pernah alami tetapi selagi mampu sabar,bertahannya. Seandainya telah sampai limit kesabaran jangan kau biarkan berterusan.Berdoakan kepada Allah. Kerana doa orang terianiaya di angkat Allah.
Selitkan juga nama mereka yang menyakitimu agar Allah beri hidayahnya kepada mereka. Cerita kepada Allah tetapi jangan sesekali mendoakan kecelakaan mereka.
Kita boleh ikut emosi kita, ego kita, marah kita. Tapi hakikat akhirnya kelak kita yang akan menyesal. Kerana segala sesuatu yang kita lakukan tak semuanya betul dan tak semuanya salah. Seandainya ada secebis kekuatan teruskan bersabar kerana Allah selalu ada dengan kita. Betul atau salah jangan kita burukkan orang. Kerana beribu keaiban kita Allah tutup. Moga Allah senantiasa lembutkan hati kita menerima teguran dan takdirNya.
Aku belajar satu pekara penting manisnya dalam kesabaran. Apabila Allah permudahkan urusanku dan alhamdulilah aku dapat kerja yang inshaAllah terbaik buat aku.
Walaupun apa juga alasan kita, pasti ada hikmah yang kita tak sedar. Jadikan kita insan lebih kuat dan cekal hatinya.
Paling penting, adalah kita belajar mensyukuri nikmat Allah walaupun sekecil mana nikmat Allah itu. Kadang kita terlalu melihat kebahagian orang lain sehingga kita rasa hati kita terasa sedihnya.
Tetapi pernah tak, kita melihat di sekeliling kita. Kita dapat hidup bersama mak ayah kita, kita sihat tubuh badan, kita cukup makan dan kita dapat bernafas.
Bukan itu juga nikmat Allah ?
Ye, pada aku Allah beri ujian pada kehidupan dari kecil berat .Sehingga satu ketika aku tak mampu berkata apa-apa menangis memohon padaNya. Terketap mulut, hati ini sangat sakit, kehilangan orang tersayang, hilangnya sahabat, soal pekerjaan dan pelbagai lagi.
Aku pernah gagal subjek di semester 5 di politeknik. Kau bayangkan sebabkan kau kawan-kawan terpaksa ikut jadual kau. Di usia 24 tahun aku masih kemana jalan kaki kerana tak mampu. Teringat pula jalan kaki sama-sama dengan emak.Aku melihat air matanya mengalir.
Tapi itulah kerana dia jadikan turning point untuk aku kenal cinta Allah. Untuk aku kenal erti kehidupan.
Lakukan sesuatu itu kerana Allah. Aku pun sampai sekarang mencari cintanya. Jauh , jauhh sungguh perjalanan lagi.
Aku kongsikan pada semua agar jangan kau biarkan hati itu binasa, didiklah hati untuk selalu bersangka dengan Allah. Kerana dia selalu ada dengan kita.
Buangkan keraguaan di hatimu
Buangkan keraguaan di hatimu
5 Ulasan
kita perlu sabar,sabar,sabar
kesabaran itu jln ke syurga