Assalamualaikum
Siapa menulis menggunakan tangan kiri atau kidal ?
Siapa kidal kita geng, give me five. Dalam adik beradik acik dengan kakak acik kidal. Kidal itu satu kecacatan ?
Tentulah tidak, tetapi hanya lebih kerap menggunakan tangan kiri berbanding kanan dalam apa jua perilaku.
Tapi ada peristiwa lucu sewaktu zaman sekolah dulu, bila panggil nama semua orang angkat tangan kanan, aku sorang angkat tangan kiri.
Bila masa makan, orang pelik tengok aku. Sebab aku makan guna tangan kiri. Paling susah apabila nak tulis, kena sengetkan kertas untuk menulis.Haha biarlah orang nak kata apa. Tapi bila dah besar semuanya tak jadi masalah malah ianya menjadi kelebihan.
Kamu kena tahu orang kidal ini lebih cepat emosi.
Kajian dari Universiti Abertay Scotland menjelaskan orang kidal cenderung lebih bersetuju dengan penyataan seperti, "Saya khuatir membuat kesalahan" ataupun "Kritikan anda membuatkan saya sakit hati". Penyelidik, Dr Lynn Wright yang menjalani kajian itu di Dundee, Scotland percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
"Orang kidal lebih cepat bimbang berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan iaitu lebih cepat bergerak. Bagi individu istimewa ini, otak kanan mereka lebih dominan dan bahagian inilah yang mengendalikan aspek negatif dam emosi,
Kelebihan tangan kiri
Pertama : Pandai matematik dan kreatif
Ramai orang kata ,orang kidal ini pandai matematik dan dia kreatif. Tetapi pada aku ianya bergantung juga pada individu tersebut. Macam aku matematik itu tak suka, selalu kena marah masa zaman sekolah.Tapi kreatif itu subjektif dalam bidang yang mereka ceburi.Ikut kepada minat individu tersebut.
Kedua : Ingatan memori yang baik
Hal ini tak dapat di nafi, orang bahawa memori yang dimiliki orang bertangan kidal mempengaruhi kemampuan ingatan yang lebih baik daripada orang normal. Terutama untuk memanggil ingatan kembali (recall memory).Selalu terjadi pada aku, kita dapat cam orang tersebut walaupun dah beberapa tahun tak jumpa. Tapi orang itu tak ingat kita.
Ketiga : Multitasking
Mereka memiliki kemampuan otak yang lebih cepat dari orang normal.Dan ini mempengaruhi adanya kebiasaan multitasking yang dimiliki orang kidal. Jadi otak laju merancang untuk lakukan kerja-kerja yang akan di buat.
Keempat : Fokus terhadap kerja yang dia lakukan.
Bila bersantai, dia pun bersantai.Tapi bila di buat kerja,dia akan diam dan fokus dengan kerja apa yang di lakukan. Jenis orangnya teliti dan tetapi masa.
Cukuplah dulu, kalau kamu ada nak tambah boleh komen di bawah.
4 Ulasan
tang kreatif tu,ya kot..hihi
Saya tak kidal. Tapi melalui pemerhatian saya, kawan-kawan yang kidal memang ada ciri-ciri yang dinyatakan tu especially bab pandai matematik dan multitasking. Huhu..