Ticker

6/recent/ticker-posts

Muhasabah diri kita, mana tahu ianya titik pertemuan kita bertemu jodoh kita




Assalamualaikum

Usia berganjak ke 30 an walaupun aku masih belum tapi ke arah tu. Soalan sensitive bila di tanya "bila nak kawin ?"


Kadang aku sendiri bila bertalu-talu soalan seperti itu hanya mampu diam dan tersenyum. 

Tetapi apa yang mak aku selalu pesan. Bila orang tua tanya itu jawab elok-elok dan berbahasa. 

Niat mereka bukan nak kenakan kita, tetapi subjek penting dan mungkin permulaan untuk mulakan cerita.

Bila orang tanya, bila nak kawin ? 

Pertama sekali senyumlah dan jawablah. " InshaAllah mak cik, doakan saya di permudahkan soal jodoh saya" 



minta mereka doakan kita.

Mana tahu doa itu di angkat oleh Allah.

Jangan melihat satu-satu pertanyaan itu sebagai masalah yang berat. Jawablah dengan tenang.

acik pernah di tanya "jangan-jangan kau terlalu memilih kot "

Seperti biasa senyum dan berkata "
tidaklah mak cik sekurangnya urusan tunang di mudahkan, hantaran di minta ikut kemampuan saya dan mampu terima saya dan keluarga saya itu pun dah cukup".

Bila ada orang kata, ala tak payah belajar tinggi-tinggi nanti perempuan duduknya dekat dapur juga !

Jangan marah dan cepat melenting.

Sabar dan senyum, walaupun di dapur tetapi ada pekerjaan yang tetap dan berilmu. Nak masak pun kena ada ilmu dan kemahiran. Nak jaga anak, suami dan rumah tangga pun kena ada ilmu.

Jadi ilmu itu penting.

Memang benar, mulut orang tak boleh di tutup tapi biarkah mereka berhenti berbicara sendiri. Melalui perbuatan kita, walaupun dia nak mengatakan kita atau apa pun, biarkan mereka. Doalah semoga dapat hidayah dari Allah bukan #silameninggal. 

Dalam tak sedar mereka juga membantu dan mendoakan kita.

Betul, hati mana tak terasa tengok kawan-kawan dah anak 2,3 orang.Kita masih sendirian.

Jadi lihatlah hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia bagaimana ?

Muhasabah diri kita, mana tahu ianya titik pertemuan kita bertemu jodoh kita.

Amin..


Catat Ulasan

2 Ulasan

Nieyla Nadia berkata…
Setiap pertanyaan org itu..anggap sahaja itu doa² yg baik...
semoga jodoh yg di cari itu..akan di temui..InsyaÁllah Ameen... :)
jodoh tu mmg dah ada..
cuma kita je yg tak tahu bila..
cpt atau lambat..