Assalamualaikum
Ya rab, bukan mudah menjaga sekeping hati ini walaupun dia kecil tetapi besar dugaannya.
Aku tahu tempat jatuhnya pandanganMu terletak di hati ini. Aku semampu mungkin menjaganya.
Tetapi percikkan mazmumah mencemarkan hati ini. Ianya terbeban dengan soal hati yang menganggu emosi. Ada ketika di uji dengan pertemuan, ada ketika di uji dengan perpisahan,ada juga diuji dengan persahabatan dan pelbagai lagi.
Nafas ini sesak,
dada turun naik bila memikirkannya,
Ada masa iman naik memuncak,
ada tika dia turun menjunam menanti waktu kian sepi untuk meninggi.
Ya rab, jangan biarkan aku menjadi insan yang tergesa-gesa dalam berdoa. Berdoa dan berharapkan terus di makbulkan.
Jangan biarkan hatiku lebih mencintai manusia lebih dariMu.
Biarkan hati ini selalu yakin bahawa Mafi qalbi Ghairullah ( tiada yang lain selain ALLAH).
Jika hatimu gundah, maka bacalah.
Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung
Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah
Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA
Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..
Ya Rabbi seandainya Engkau melihatku semakin menjauh dari-Mu, maka Engkau kembalilah aku kepada-Mu dengan pengembalian yang indah.."
Ya Rabbi Engkau campakkanlah ke dalam hatiku rasa cinta padaMu dan RasulMu..melebihi kecintaanku kepada yang lain...
2 Ulasan
hanisamanina.com