Ticker

6/recent/ticker-posts

Gelagat Peniaga Di Bulan Ramadhan



Ramadhan tiba maka masa yang di nantikan adalah pergi bazar ramadhan. Fuh memang terliur dengan pelbagai jenis makanan yang di jual.  

Niat kita ke sana untuk beli makanan yang kita teringin nak makan. Boleh kata rambang mata, tetapi dah masuk hari ke empat nie ada beberapa pekara yang aku kecewa dengan peniaga di bazar ramadhan. 

1. Harga naik mendadak

Memang tak di nafikan kos sara hidup tinggi.Tapi jangan letakkan harga terlalu tinggi. Sekarang nie harga kuih 4 biji RM 2. Fuh zaman berubah, beli pau sambal sebiji 50 sen dan size dia kecil. Lepas itu, tengok sampai ke petang tak habis. Tak salah kalau sambil meniaga kita bantu orang nak makan. 

2. Makanan basi

Pernah acik beli siput sedut masak lemak. Semangat nak makan, tapi bila tiba nak makan dah basi. Bukan saje lauk itu tapi lauk yang di beli kedai itu itu semua dah basi. Ya Allah, tahu masak awal tetapi kena pastikan makanan itu dalam keadaan selamat untuk di makan. 

3. Makanan di " kitar semula"

Ada sesetengah peniaga, jualan tak habis di goreng balik untuk jualan esokkan. Tahu tak nak rugi, tapi fikir tak pelanggan yang makan nie ? 

Kadang baling dekat dinding pun tak pecah sebab terlalu keras. Biasa yang jual nugget dan sewaktu dengannya.

4. Murtabak daging tapi tak ada daging.

Ini selalu terjadi nak makan murtabak tetapi murtabak yang banyak bawang dagingnya entah hilang ke mana. Karipap angin dan ada isinya di gantikan dengan mee hoon. 

Pelbagai lagi gelagat orang niaga. Bukanlah acik dengki mahupun nak jatuhkan perniagaan orang. Cuba letakkan kamu sebagai pengguna pasti kamu akan faham dan rasa kecewa. 

Nak makan tapi mengecewakan semuanya. Jadilah peniaga yang jujur.

Peniaga tidak boleh sekali-kali menjalankan perniagaannnya dengan berselindung untuk menutupi segala keaiban sesuatu produk. Ini kerana perbuatan sedemikian akan menzalimi pembeli dan sudah tentu akan timbul kerugian dan rasa tidak puas hati. Sebab itulah Rasulullah saw pernah berpesan, “Tidak dibenarkan seorang muslim menjual satu jualan yang mempunyai aib kecuali ia memperjelaskan aibnya.” (Hadis riwayat Imam al-Quzwani)

Perbuatan menyembunyikan sesuatu keaiban pada produk termasuk dalam kategori melakukan penipuan terhadap pembeli. Sabda Nabi saw lagi, “Sesiapa melakukan penipuan dalam perniagaan bukanlah ia termasuk dalam golongan umatku.” (Hadis riwayat Bukhari)

 Ini satu amaran kepada seluruh peniaga mukmin agar berhati-hati semasa mengusahakan sesuatu urusan perniagaan.Acik ingatkan untuk ingatan bersama agar kita tak melakukan sesuatu itu kerana mencari keredhaan Allah.


Catat Ulasan

5 Ulasan

mas saari berkata…
Sebab tu akak gigih masak sendiri dan buat kuih sendiri, dah 3 tahun tak jejak kaki kat bazar. Tapi memang pernah kena yang makanan basi tu masa rajin membeli kat bazar dulu, memang kecewa sangat!
Takut bila nak beli makanan kat bazar . Macam acik ceritakan ..ada yang basi ..buang duit pelanggan . Padahal pelanggan mengharapkan sesuatu yang sedap masa berbuka .
Elih Japahar berkata…
Dulu ada pengalaman pahit dgn bazar ramadhan ni, kebanyakkannya makanan basi tu dah biasa terkena..tapi yang kitar semula tu memang jahat..nak untung gila2 sbb tu kualiti makanan dah lupa nak jaga..skrg ni kalau nak beli pun, sy pilih makanann yg masih berasap panas lagi..tak nak yang ternganga entah berapa banyak dah lalat hinggap..huhu
Mar Mansor berkata…
peniaga sekarang memang agak kedekut..kadang tu jualan banyak lagi sedangkan waktu berbuka dah nak dekat, masih hati keras tak sudi nak sedekahkan pada pembeli. mungkin mereka terlalu mengira harga kos dan keuntungan sebab tu begitu..
JanjiKita
nikkhazami berkata…
selalu kena makanan yg dikitar semula. sebab tu kena berhati hati