Assalamualaikum
Sedang aku duduk bersama rakan-rakanku, aku lihat muka dia cukup gelisah bagaikan banyak pekara yang terbuku di benaknya.
Kenapa nie Rizal, ada masalah ? sahutku.
Tak apalah acik, aku okey, balasnya.
Jangan tipu aku, aku kenal kau dah lama. Sekurangnya kurang sikit beban di otak kau. Balas aku.
Aku sebenar marah dengan takdir. Kenapalah takdir aku tak segah orang lain.Soal belajar aku gagal ! Soal cinta aku juga beberapa pernah di kecewakan. Aku bergaduh dengan mak aku. Dekat seminggu kami tak bertegur.
Kenapa aku tak senang macam orang lain, bahagia. Kaya dan dapat seseorang yang aku sayang.luahan hatinya.
Sabar zal,Allah sayang kau, Allah terlalu sayang kau. Kalau Allah sayang seseorang itu bukannya hadiah dan duit berlimpah ruah. Tetapi di hadirkan ujian satu persatu sehingga ketika sehingga kita hilang kata-kata dan berdoa dan meminta padanya.
Mungkin pandangan kita sebagai manusia itu tidak adil, tetapi sebaliknya Allah mahu kita belajar sesuatu. Sabar, sabar selagi kau mampu.
Allah nak kita selalu ingatNya. Di hati kita memuji nama Allah dan segala yang kita lakukan kerana Allah.
Kadang retaknya hubungan kita sesama manusia berpunca retaknya hubungan kita dengan Allah.
Kita selalu ingin yang terbaik dan bertemu dengan seseorang yang terbaik pada kita. Tapi cara kita tak sampai tahap yang Allah nak.
Solat kita ala kadar,
Dengan mak kita asyik panas je,
Dengan kawan asyik bergaduh je,
Dengan orang yang kita suka senyum bagai tiada hari esok.
Aku cakap ini Zal untuk ingatkan diri aku. Aku masih jauh lagi tahapnya dan di sudut lain aku sindir diri sendiri.
Jadi kenapa kau give up ?
Allah masih beri kau udara untuk bernafas. Jantung berdegup mengikut kiraannya. Mampu melihat, makan dan bercakap.
Jadi di mananya Allah tak sayang kau ?
Sayang tak semestinya denga duit yang melimpah tetapi dengan perasaan sayang dan selalu rasa cukup.
Aku lihat air matanya mengalir. Tanpa sedar air mataku sendiri laju mengalir. Kehidupan ini banyak pekara yang tak pernah kita jangka.Selalu bersangka baik dengan Allah dan Semoga segala berlaku penuh dengan hikmah dan kebaikan.
3 Ulasan
utk merapatkan hubungan kita dgn allah
bangun lah tahajud&buat lah solah dhuha
in sya allah...