Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih di beri kesempatan untuk berjumpa dengan bulan ramadhan yang penuh
keberkahan. Terpanggil acik untuk sekadar berkongsi apabila di ajukan soalan
oleh seorang sahabat.
Acik aku
dah selalu sedekah jadi tak perlulah kan bayar zakat ?, tanya kawanku.
Eh sedekah
dan zakat ada dua pekara yang berbeza jelasku.
Bingung
sudah kelihatan mukanya, ramai yang keliru berkaitan dengan rukan islam yang
ketiga ini dan selalu mengatakan sedekah dan zakat itu sama.
Okey mari
kita buat sedikit perbandingan agar lebih mudah faham.
Sedekah
Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada
Allah Taala. Rujuk al-Ta`rifat (1/132). Manakala Ibn Manzur memberikan definisi
sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan
fakir, yakni yang memerlukan.
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut
kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ”
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku –
ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat
pula Aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. (Al-Munafiquun: 10)
Sedekah itu adalah
· Satu amal jariah yang hukumnya
sunat.
· Bukan rukun Islam tetapi amat
digalakkan.
· Tidak mempunyai kadar atau masa
yang tertentu.
· Tidak mempunyai penerima yang
tertentu.
Sedekah bukan mesti dengan harta
Dalil sedekah tidak semestinya dengan harta
adalah hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf
itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam)
biarlah dengan muka yang manis (senyuman) dan (kalau ada yang meminta air)
hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya".
(Riwayat Ahmad)
Manakala Zakat pula,
Pengertian zakat menurut
Kamus Dewan ialah rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam
mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya
seperti fakir miskin, mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Perkataan zakat atau al-zakah (الزكاة)
dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Zakat bermaksud suci, rahmat,
berkembang, subur, pintar, bertambah, baik, damai dan terpuji. Tetapi makna
yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran
sejumlah harta tertentu.
Makna zakat secara etimologi pula ialah
sepertimana firman Allah yang bermaksud:
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka
menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari
dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk
mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah At-Taubah 9:103)
Zakat itu adalah
· Hukumnya wajib.
· Rukun Islam yang ketiga dan
sebagai ibadah dari segi harta.
· Mempunyai kadar yang tertentu
(nisab) dan masa untuk dikeluarkan (haul).
· Mempunyai penerima yang
tertentu, iaitu 8 asnaf (penerima) Zakat.
Syarat-syarat zakat
1.Muslim. Kerana zakat merupakan salah satu
rukun Islam maka tidak diwajibkan kepada orang kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w kepada
Muadz r.a sewaktu mengutusnya ke negeri Yaman:
“Beritakan kepada mereka bahawa Allah
telah mewajibkan atas mereka sedekah dari “harta mereka” yang diambil dari
orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang fakir.” (Hadis
Riwayat Bukhari)
2. Merdeka. Zakat tidak diwajibkan kepada
budak dan hamba sahaya kerana hartanya adalah milik tuannya maka tuannyalah
yang menunaikan zakatnya.
3. Dewasa (baligh). Zakat hanya
diwajibkan kepada orang dewasa, bukan kepada kanak-kanak yang belum baligh.
Akan tetapi jika kanak-kanak itu memiliki harta yang sudah sampai nisab dan
satu tahun maka walinya atau orang yang menguruskannya wajib untuk mengeluarkan
zakat dengan diniatkan untuk mereka.
Pembahagian Zakat
Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu
zakat harta benda dan zakat fitrah. Zakat fitrah pula secara asasnya terbahagi
kepada lima iaitu zakat emas dan perak, zakat perniagaan, binatang ternakan,
tumbuh-tumbuhan dan zakat rikaz (harta yang terpendam atau
harta karun). Firman Allah yang bermaksud:
Dan
dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua
(berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah 2: 43)
Ada 2 jenis
zakat iaitu:
1.Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang
difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang
berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
2. Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat
adalah seperti berikut:
- o Zakat Pendapatan
- o Zakat Perniagaan
- o Zakat Binatang
Ternakan
- o Zakat Pertanian
- o Zakat Wang Simpanan
- o Zakat Emas dan Perak
- o Zakat Saham
- o Zakat Ma’adin, Kunuz
dan Rikaz
o - Ma’adin
Ialah segala
galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di
laut.
o - Kunuz
Ialah harta
yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
o -Rikaz
Ialah
harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang
menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan
semua jenis simpanan jahiliah).
Kadang acik sendiri pun tak tahu bagaimana
untuk kira untuk zakat ini. Jadi acik cadangkan kamu semua boleh ke kalkulator zakat ( boleh klik sini sini) untuk buat kiraan sendiri.
Di laman web zakat selangor kamu boleh kira sendiri antaranya zakat pendapatan,
zakat simpanan,zakat perniagaan dan banyak lagi memang memudahkan.
Susahlah nak bayar , kat
mana aje boleh bayar ? kata Pak Samad
Ala sekarang semua dalam talian boleh,cuma perlu ke laman Web Zakat Selangor.
Senang je ,daftar dan login di sini
atau hanya isi di sini untuk bayar zakat sini.
Siapa asnaf yang layak menerima zakat ?
Mereka adalah 8 asnaf zakat dan ketahui lebih lanjut di penerima agihan Zakat
8 Ulasan
thanx bro for sharing.