Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedekah Dan Zakat Serupa Tapi Tak Sama


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih di beri kesempatan untuk berjumpa dengan bulan ramadhan yang penuh keberkahan. Terpanggil acik untuk sekadar berkongsi apabila di ajukan soalan oleh seorang sahabat.

Acik aku dah selalu sedekah jadi tak perlulah kan bayar zakat ?, tanya kawanku.

Eh sedekah dan zakat ada dua pekara yang berbeza jelasku.

Bingung sudah kelihatan mukanya, ramai yang keliru berkaitan dengan rukan islam yang ketiga ini dan selalu mengatakan sedekah dan zakat itu sama.

Okey mari kita buat sedikit perbandingan agar lebih mudah faham.

Sedekah 

Sedekah  bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Rujuk al-Ta`rifat (1/132). Manakala Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. 

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. (Al-Munafiquun: 10)

Sedekah itu adalah
·         Satu amal jariah yang hukumnya sunat.
·         Bukan rukun Islam tetapi amat digalakkan.
·         Tidak mempunyai kadar atau masa yang tertentu.
·         Tidak mempunyai penerima yang tertentu.

Sedekah bukan mesti dengan harta

Dalil sedekah tidak semestinya dengan harta adalah hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis (senyuman) dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya". (Riwayat Ahmad)

Manakala Zakat pula,
Pengertian zakat menurut Kamus Dewan ialah rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Perkataan zakat atau al-zakah (الزكاة) dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Zakat bermaksud suci, rahmat, berkembang, subur, pintar, bertambah, baik, damai dan terpuji. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.
Makna zakat secara etimologi pula ialah sepertimana firman Allah yang bermaksud:
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah At-Taubah 9:103)
 Zakat itu adalah 
·         Hukumnya wajib.
·         Rukun Islam yang ketiga dan sebagai ibadah dari segi harta.
·         Mempunyai kadar yang tertentu (nisab) dan masa untuk dikeluarkan (haul).
·         Mempunyai penerima yang tertentu, iaitu 8 asnaf (penerima) Zakat.

Syarat-syarat zakat 
1.Muslim. Kerana zakat merupakan salah satu rukun Islam maka tidak diwajibkan kepada orang kafir. 

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Muadz r.a sewaktu mengutusnya ke negeri Yaman:

“Beritakan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka sedekah dari “harta mereka” yang diambil dari orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang fakir.” (Hadis Riwayat Bukhari)
2. Merdeka. Zakat tidak diwajibkan kepada budak dan hamba sahaya kerana hartanya adalah milik tuannya maka tuannyalah yang menunaikan zakatnya.
3. Dewasa (baligh). Zakat hanya diwajibkan kepada orang dewasa, bukan kepada kanak-kanak yang belum baligh. Akan tetapi jika kanak-kanak itu memiliki harta yang sudah sampai nisab dan satu tahun maka walinya atau orang yang menguruskannya wajib untuk mengeluarkan zakat dengan diniatkan untuk mereka.
 Pembahagian Zakat
Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat harta benda dan zakat fitrah. Zakat fitrah pula secara asasnya terbahagi kepada lima iaitu zakat emas dan perak, zakat perniagaan, binatang ternakan, tumbuh-tumbuhan dan zakat rikaz (harta yang terpendam atau harta karun). Firman Allah yang bermaksud:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah 2: 43)
Ada 2 jenis zakat iaitu:
 1.Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Zakat Harta

Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

  • o    Zakat Pendapatan
  • o    Zakat Perniagaan
  • o    Zakat Binatang Ternakan
  • o    Zakat Pertanian
  • o    Zakat Wang Simpanan
  • o    Zakat Emas dan Perak
  • o    Zakat Saham
  • o    Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz
o    - Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
o   - Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
o    -Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah).

Kadang acik sendiri pun tak tahu bagaimana untuk kira untuk zakat ini. Jadi acik cadangkan kamu semua boleh ke kalkulator zakat ( boleh klik sini sini) untuk buat kiraan sendiri. Di laman web zakat selangor kamu boleh kira sendiri antaranya zakat pendapatan, zakat simpanan,zakat perniagaan dan banyak lagi memang memudahkan.

Susahlah nak bayar , kat mana aje boleh bayar ? kata Pak Samad
Ala sekarang semua dalam talian boleh,cuma perlu ke laman Web Zakat Selangor.

Senang je ,daftar dan login di sini 
Siapa asnaf yang layak menerima zakat ?
Mereka adalah 8 asnaf zakat dan ketahui lebih lanjut di penerima agihan Zakat 




Catat Ulasan

8 Ulasan

Qaseh Dalia berkata…
Tq kerana menjelaskan
Unknown berkata…
penuh terperici..
thanx bro for sharing.
Mohaz Sue berkata…
Bagus e try ni
Mama Kembar Tiga berkata…
Good infor, thank u Achik
Miera Hassan berkata…
Bagus entry ni.. Good info. Betullah..kadang2 orang ingat, dia dh bayar zakat jd tak perlu sedekah.. Tula.. Kurang pemahaman.
Miera Hassan berkata…
Bagus entry ni.. Good info. Betullah..kadang2 orang ingat, dia dh bayar zakat jd tak perlu sedekah.. Tula.. Kurang pemahaman.